EKSKLUSIF: 400 HARI PAKATAN JUAL LEBIH RM20 BILION ASET NEGARA


THE THIRD FORCE

“Pada bulan Disember 2018, Khazanah mula menjual CIMB Bank dengan penjualan 63 juta saham CIMB kepada pembeli-pembeli yang tidak dinamakan pada harga RM364 juta atau harga RM5.78 satu saham. Sebelum PRU14, harga saham CIMB adalah pada harga RM7.30. Sudahlah harga saham merudum, hasil jualan pula kurang RM86 juta”

Abdul Muein Abadi

1. Genap 400 hari Pakatan berkuasa, sekurang-kurangnya lebih RM20 bilion aset negara telah dijual.  Secara purata, setiap hari sebanyak RM51 juta aset negara dijual, bersamaan dengan RM2.1 juta aset negara terjual setiap jam di bawah Pakatan.

2. Kesemua aset ini termasuklah sebahagian pegangan dalam IHH Berhad (RM8.42 bilion), Sapura Upstream (RM3.7 bilion), Acibadem Sigort (RM1.25 bilion), Telco M1 (RM1.65 bilion), saham TNB (RM1.05 bilion), Boustead Plantation (RM1.2 bilion), Axiata Digital (RM0.579 bilion), BDO Unibank (RM0.415 bilion), CIMB (RM0.364 bilion), Hotel Royale Chulan (RM0.197 bilion), dan juga bangunan Konsulat di Hong Kong yang telah pun mempunyai pembeli dari China (RM1.6 bilion).

3. Tidak cukup dengan kadar ini, terbaru portal perniagaan terkemuka The Edge Markets melaporkan bahawa Pakatan kini merancang untuk terus menjual aset-aset Khazanah iaitu UEM Sunrise, UEM Edgenta, UEM Builders, Cement Industries of Malaysia (CIMA), Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), dan juga pegangan dalam Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) serta Malaysia Airlines Berhad (MAB atau lebih dikenali sebagai MAS) (https://www.theedgemarkets.com/article/khazanah-asset-sales-set-pick).

4. Malah, perkembangan ini selari dengan kenyataan Tun Mahathir susulan pertemuan beliau dengan pelabur dari British dalam satu dialog perniagaan anjuran Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), dengan kerjasama Majlis Perniagaan United Kingdom-Asean (UKABC) dan Maybank baru-baru ini (http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-akan-jual-aset-demi-kurangkan-hutang-negara-tun-mahathir-210316).

5. Secara terbuka Tun Mahathir mengakui bahawa “Saya berminat untuk menjual beberapa aset sebagai usaha untuk meraih pendapatan…Kita ada banyak aset…kita ada tanah, syarikat milik kerajaan, fasiliti, institusi yang dimiliki kerajaan…dan ada di antara aset-aset ini yang sedang kita pertimbangkan”.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...