Kementerian Kewangan nak jual harta Malaysia di Hong Kong


Bangunan itu dibeli oleh kerajaan persekutuan pada tahun 1980 untuk HK$ 212 juta (RM112 juta) dan ia menempatkan agensi kerajaan Malaysia dan kedutaan Malaysia.

(Malaysiakini) – Kementerian Kewangan sedang mencari ejen hartanah untuk melupuskan sebuah bangunan di Hong Kong yang dibeli kerajaan hampir 40 tahun yang lalu, aset sama yang cuba dijual kerajaan sebelum pilihan raya 2018.

Menurut permohonan cadangan (RFP) bertarikh 25 Jun, semua ejen yang berpotensi mesti didaftarkan dengan pihak berkuasa ejen hartanah Hong Kong.

Taklimat akan diadakan pada 1 Julai manakala penyerahan RFP akan ditutup pada tengah hari 9 Julai.

Pada Mac lalu, bekas perdana menteri Najib Razak, melalaui kenyataan dalam media sosial, mengulas mengenai laporan berita berhubunv kemungkinan penjualan Bangunan Malaysia di Hong Kong.

Beliau kemudian memberitahu media bahawa beliau tidak memihak kepada penjualan bangunan itu sehingga nilainya naik.

Berikutan itu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng memberitahu Parlimen bahawa kerajaan lama di bawah Najib telah cuba menjual bangunan itu dengan harga RM1.1 bilion di luar pasaran terbuka.

Transaksi itu sepatutnya melibatkan sebuah syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur tetapi perjanjian itu dibatalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Lim juga mendakwa calon pembeli telah menawarkan kerajaan ketika ini RM1.68 bilion untuk bangunan itu tetapi beliau mahukan tawaran yang lebih baik.

Bangunan Malaysia adalah bangunan 26 tingkat yang terletak di kawasan Wan Chai berhampiran daerah perniagaan utama Hong Kong.

Bangunan itu dibeli oleh kerajaan persekutuan pada tahun 1980 untuk HK$ 212 juta (RM112 juta) dan ia menempatkan agensi kerajaan Malaysia dan kedutaan Malaysia.

 



Comments
Loading...