Ada lagi senarai terima wang 1MDB


(Utusan) – Terdapat banyak lagi individu dan kumpulan termasuk persatuan pengamal media yang menerima wang daripada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pihaknya mendapati wujud senarai nama lain daripada 41 responden seperti yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

“Ada juga melibatkan persatuan-persatuan wartawan dan jurugambar di Pulau Pinang yang terima wang ini.

“Sebab itu saya minta mereka yang terima wang sama ada daripada Yayasan 1MDB atau Kelab Kebajikan sila kembalikan wang ini kepada kepada kerajaan, tidak perlu sehingga keluar senarai dan SPRM beku akaun,” katanya dalam sidang akhbar Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019 Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di sini hari ini.

Baru-baru ini, SPRM telah berjaya memfailkan permohonan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) untuk lucut hak bagi tujuan mendapatkan semula wang-wang yang mengalir keluar dari salah guna kes 1MDB.

Pihak SPRM sudah mengenal pasti 41 individu dan entiti yang menjadi reponden kepada permohonan tersebut.

 



Comments
Loading...