Kenapa Anwar rasa dia yang paling layak menjadi Perdana Menteri?


Dulu Malaysia di kedudukan negara kedua di ASEAN selepas Singapura. Hari ini, Vietnam, Indonesia, Siam dan Filipina pun sudah  jauh kedepan. Kalau Anwar jadi Perdana Menteri Malaysia, negara Myanmar dan Cambodia pun akan jadi jauh lebih maju dari Malaysia dan Malaysia jangan mimpilah nak jadi “Asian Tiger”, sebaliknya akan menjadi “The ASEAN Pariah Nation.”

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Anwar Ibrahim ni gila sangat nak jadi Perdana Menteri sampai ianya dah jadi satu penyakit. Penyakit gila nak jadi Perdana Menteri ini yang sebenarnya semenjak dari tahun 1980an lagi. Dan sampaikan hari ini hajatnya masih tak tercapai-capai. Kenapa sekarang ini kegilaan Anwar makin menyerlah, kerana sudah nak masuk 40 tahun Anwar berangan-angan nak jadi Perdana Menteri.

Anwar ni beranggapan yang jawatan Perdana Menteri tu adalah kepunyaan dia dan hak dia.  Dan seolah-olah macam Allah letakkan Anwar di dunia ini adalah bertujuan semata-mata untuk jadikan dia Perdana Menteri Malaysia. Anwar saorang saja ke yang layak jadi Perdana Menteri? Takde orang lain ke dari 32 juta rakyat Malaysia yang layak selain dari Anwar?

Layak sangat ke Anwar ni? Semasa dia berada di dalam kerajaan selama 16 tahun apa dia buat? Dari tahun 1982 hingga ke tahun 1998, kesemua kementerian yang diketuai oleh Anwar, tidak ada satu kementerian pun dibawahnya boleh dianggap mempunyai prestasi yang cemerlang. Semasa dia mengetuai Kementerian Pertanian, kejayaan yang Anwar lakukan adalah dengan menghapuskan bantuan subsidi kepada nelayan dan kaum petani.

Nelayan dan kaum petani merupakan kaum yang termiskin di Malaysia. Majoritinya adalah dari kalangan orang Melayu dari Kelantan, Terengganu dan Pahang, serta sebahagiannya dari Johor. Dengan Anwar menghapuskan bantuan subsidi kepada nelayan dan kaum petani, ramai orang Melayu yang miskin telah menderita. Anwar sedikit pun tidak merasa belas kasihan kepada orang miskin, terutama sekali kaumnya sendiri iaitu Melayu. Apa yang di sibukkan olehnya adalah melayan tauke-tauke besar Cina. Sehinggakan berbuka puasa pun dengan Vincent Tan sampai tak sempat nak sembahyang terawih.

Semasa Anwar berada di Kementerian Kewangan pula, kerja dia sibuk dengan menagih-agihkan dan memberi saham kepada kawan-kawan dan ahli keluarganya sendiri. Berbilion-bilion nilai saham diagihkan kepada orang-orang tertentu. Tenaga Nasional dan Telekom Malaysia sahaja pun sudah makan tak habis, belum kira yang lain lagi. Dan pada ketika itu ramai yang jadi jutawan segera dan kaya gila, termasuklah ahli keluarga Anwar sendiri.

Di Kementerian Pendidikan pula, apa yang Anwar buat? Anwar hanya menghabiskan masanya berpolitik sahaja. Kerana pada masa tu dia nak mengulingkan Tun Ghafar Baba. Perangai Anwar yang dari dahulu sehingga ke sekarang ini yang sama adalah, Anwar sanggup menjelajah satu Malaysia berkempen untuk menjatuh dan mengulingkan orang. Kerana terlalu sibuk berkempen pada ketika itu, kerjanya di kementerian satu benda pun tak buat. Sampaikan hari ini dasar pendidikan Malaysia menjadi huru-hara. Satu generasi rakyat Malaysia terkorban, “The Lost Generation,” sebab dasar pendidikan Malaysia yang bodoh kerana Menteri Pendidikan bodoh.

Itu saja satu legasi atau warisan Anwar selama 16 tahun berada didalam kerajaan. Hari ni dia nak jadi Perdana Menteri pulak. Habis hancur-leburlah Malaysia. Kalau macam ini lah gayanya sampaikan 100 tahun lagi pun Malaysia masih tidak akan maju. Dulu Malaysia di kedudukan negara kedua di ASEAN selepas Singapura. Hari ini, Vietnam, Indonesia, Siam dan Filipina pun sudah  jauh kedepan. Kalau Anwar jadi Perdana Menteri Malaysia, negara Myanmar dan Cambodia pun akan jadi jauh lebih maju dari Malaysia dan Malaysia jangan mimpi lah nak jadi “Asian Tiger”, sebaliknya akan menjadi “The ASEAN Pariah Nation.”

 



Comments
Loading...