Umno dan PAS perlu lawan api dengan api


Masa depan Umno dan PAS berada di tangan orang Melayu dan Bumiputera dari Sabah dan Sarawak. Oleh itu, Umno dan PAS perlu memberi tumpuan kepada kedua kumpulan pengundi ini. DAP akan menuduh Umno dan PAS sebagai rasis. Biarkan mereka nak mengata apa-apa pun, sebab mereka tak akan kata benda yang baik pun. Asalkan DAP tumbang, tak kisahlah apa benda sekalipun mereka nak kata.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

DAP dengan bangganya mendakwa bahawa 95%-98% orang Cina dan 70%-75% orang India akan menyokong Pakatan Harapan. Manakala, hanya 70%-75% orang Melayu akan menyokong PAS dan Umno (sekitar 50:50 untuk setiap parti). Dan itulah puncanya Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum pada bulan Mei 2018 yang lepas.

Jika Umno dan PAS (atau Barisan Nasional) mahu memenangi Pilihan Raya Umum akan datang, mereka perlu menang lebih kurang 80-85% undi orang Melayu, terutama sekali di kawasan Melayu, dan juga perlu mendapat sokongan parti-parti bumiputera dari Sabah dan Sarawak.

Cina DAP menggunakan Bersih untuk menentang Melayu dan Islam

Hakikatnya, politik di Malaysia ini adalah berasaskan kaum — dulu, kini dan selamanya — dan yang sama akan berlaku pada pilihanraya umum akan datang.

Inilah realiti politik di Malaysia. DAP telah memainkan isu perkauman semenjak dua generasi dahulu lagi, dari tahun 1965. Landasan yang digunakan oleh DAP untuk menyebarkan sentimen perkauman ialah sekolah-sekolah Cina dan sistem pendidikan Cina. Itulah sebabnya DAP bermati-matian mempertahankan Sekolah Cina dan sistem pendidikan Cina.

Lee Kuan Yew terpaksa menghapuskan sekolah Cina dan sistem pendidikan Cina demi untuk menstabilkan Singapura

Sebelum Singapura mendapat kemerdekaan dari British lagi, Lee Kuan Yew sedar betapa bahayanya sekolah Cina dan sistem pendidikan Cina ini. Dan itulah sebabnya sebelum Singapura memperoleh kemerdekaan mereka pada tahun 1963 (dengan menyertai Malaysia) Kuan Yew bertindak menghapuskan sekolah Cina dan sistem pendidikan Cina. Kuan Yew telah menahan dibawah ISA pendidik-pendidik dan aktivis Cina yang lantang memperjuangkan sekolah Cina.

Kuan Yew tahu bagaimana doktrin anti-kerajaan ini tersebar luas melalui sekolah Cina. Pada masa dahulu ianya adalah doktrin komunis. Sekarang, ianya adalah doktrin anti-Melayu dan anti-Islam. Dan itulah sebabnya kenapa Umno dan PAS menjadi sasaran utama DAP.

Sekolah Cina merupakan tempat yang melahirkan ideologi kominis di Singapura

Umno dan PAS tidak boleh termakan tipu helah DAP yang akan memainkan isu perkauman dan agama. Walau apa pun yang dibuat oleh Umno dan PAS, orang Cina tetap tidak akan menyokong mereka. Jadi, Umno dan PAS tidak perlu buang masa untuk mengambil hati 95%-98% orang Cina yang menyokong DAP ini.

Masa depan Umno dan PAS berada di tangan orang Melayu dan Bumiputera dari Sabah dan Sarawak. Oleh itu, Umno dan PAS perlu memberi tumpuan kepada kedua kumpulan pengundi ini. DAP akan menuduh Umno dan PAS sebagai rasis. Biarkan mereka nak mengata apa-apa pun, sebab mereka tak akan kata benda yang baik pun. Asalkan DAP tumbang, tak kisahlah apa benda sekalipun mereka nak kata.

Masalah dengan Umno dan PAS ialah mereka ingin dilihat sebagai positif. Mereka tidak suka mendengar komen-komen yang negatif. Jika takut dengan komen negatif, maka jangan terlibat dengan politik. Politik adalah mengenai kuasa. Untuk mendapat kuasa, perlu memenangi pilihanraya. Jadi menanglah pilihan raya dengan apa cara sekali pun, walaupun menggunakan api untuk melawan api. Kalau perlu menggunakan isu perkauman dan agama, gunakanlah untuk mendapatkan kemenangan.

Pergerakan anti-Islam yang menyamar sebagai pergerakan anti-Hudud

 



Comments
Loading...