Anwar dan kuncu-kuncunya bakal dicantas Mahathir menerusi kelalaian Rameli Musa


“Hakikatnya, bukan hanya Mahathir tahu berkenaan dana yang disalurkan oleh Rameli kepada pemimpin-pemimpin PKR, beliau turut mengetahui betapa rapatnya hubungan Rameli dengan pegawai-pegawai tertentu di Maybank dan urusan-urusan beliau dengan pegawai-pegawai tersebut”

Raggie Jessy Rithaudeen

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Terlebih dahulu, saya ingin menegaskan bahawa segala apa yang bakal saya dedahkan menerusi bahagian pertama siri pencerahan ini (di bawah) dan bahagian kedua yang bakal menyusul tengahhari nanti merupakan kebenaran-kebenaran yang amat perlu umat Melayu-Islam hayati dan teliti.

Menerusi pendedahahn-pendedahan ini, saya berharap agar umat Melayu-Islam dapat menetahui betapa jijiknya rejim Tun Dr Mahathir Mohamad yang niatnya hanyalah satu, iaitu untuk memecah-belahkan umat Melayu-Islam agar tampuk kepimpinan dan kekayaan negara akan sentiasa berada di dalam gengaman beliau dan diurus kroni-kroni beliau.

Saudara saudari yang dikasihi sekalian,

Mungkin ramai lagi yang masih tidak tahu, bahawa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) secara langsung dalam satu siri siasatan terhadap Dato’ Dr Rameli Musa, iaitu pengerusi baru Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Untuk makluman, siasatan tersebut bertumpu kepada satu laporan polis yang telah saya buat Selasa lepas, bersamaan 4hb Mac 2019, di Ibu Pejabat Polis (IPD) di daerah Subang Jaya, Selangor.

Dalam laporan tersebut, saya mendakwa bahawa Rameli terlibat secara langsung dalam satu konspirasi yang cukup jahat bagi menyalurkan wang haram bernilai RM1.4 juta merentasi sempadan ke dalam sebuah akaun bank milik Clare Rewcastle Brown di United Kingdom (UK).

Konspirasi tersebut melibatkan Rameli, Americk Singh Sidhu, Bank Negara Malaysia dan Maybank Jalan Tun Razak dan merangkumi satu siri penipuan bagi mengelirukan bank pusat di UK dengan pemberian maklumat palsu kepada bank tersebut.

Saya memaklumkan kepada pihak polis bahawa dana tersebut disalurkan oleh Rameli ke dalam akaun bank milik anak guam Americk, iaitu peguam kepada Clare Rewcastle Brown, sebelum iannya disalurkan ke dalam akaun bank Clare yang berpusat di London.

Saudara saudari sekalian,

Pada satu ketika dulu, bukan hanya Rameli Musa merupakan kroni kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, beliau banyak berjasa kepada Anwar berikutan pemecatannya dari kerajaan oleh Tun (bergelar Dato’ Seri pada ketika itu) Mahathir Mohamad.

Di sekitar tahun 1998, ketika pergerakan reformasi berada di ambang puncak kegemilangannya, Rameli memainkan peranan yang begitu penting dalam membantu menyalurkan wang dan khidmat guaman kepada kuncu-kuncu Anwar yang dipenjarakan oleh Mahathir.

Tingkah-laku serta keperihatinan Rameli terus mendapat perhatian isteri Anwar, iaitu Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang mula merapatkan dirinya dengan Rameli dan beransur-ansur bergantung pada beliau untuk meneruskan gerakan reformasi.

Saban bulan, hubungan Rameli dan Wan Azizah menjadi semakin akrab hinggakan Rameli dan beberapa rakan seperniagaan beliau sanggup menghulurkan dana beratus ribu ringgit kepada kuncu-kuncu Wan Azizah bagi tujuan memarakkan gerakan reformasi.

Menerusi bantuan kewangan ini dan sumber-sumber kewangan lain dari dalam dan luar negara, kumpulan pengasas reformasi akhirnya berjaya mengambil alih Ikatan Masyarakat Islam Malaysia (IKATAN) dan menamakan semula parti tersebut Parti Keadilan Nasional (PKN).

Pada ketika itu, Wan Azizah masih tidak mahir menguruskan hal ehwal kewangan dengan cara yang tidak mudah dikesan oleh pihak berkuasa dan membenarkan Rameli melakukan transaksi-transaksi perbankan bersama-sama beberapa orang di PKN.

Transaksi-transaksi tersebut menyebabkan dana yang disalurkan oleh Rameli dan rakan-rakan seperniagaan beliau bertaburan merata-rata hinggakan ianya dapat dijejaki oleh pihak-pihak tertentu yang bersekongkol dengan Tun (bergelar Dato’ Seri pada ketika itu) Daim Zainuddin.

Beberapa bulan selepas tertubuhnya PKN, Daim mula merapatkan dirinya kepada Rameli dengan niat untuk mengeruhkan hubungan persahabatan beliau dengan Wan Azizah.

Seperti juga Mahathir dan kuncu-kuncu Anwar, Daim turut tahu bahawa isteri Anwar sememangnya seorang yang kuat curiga dan suka buruk sangka terhadap sesiapa yang dilihatnya berurusan dengan rakan-rakan Mahathir.

Justeru, Daim mula merancang beberapa projek pembekalan alat-alat otomotif dan pengangkutan untuk diberikan kepada syarikat milik Rameli dengan niat untuk mengikat beliau kepada kem Mahathir menerusi beban hutang kerajaan.

Pada ketika itu, Rameli sudahpun memiliki beberapa syaikat strategik yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam projek-projek otomotif dan pengangkutan, termasuk Ingress Engineering Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat yang ditubuhkannya pada tahun 1991 bersama-sama pemilik sebuah syarikat konsesi BMW.

Menerusi syarikat-syarikat tersebut, Rameli mula merapati Pengerusi TD Cars (Malaysia) Sdn Bhd, iaitu arwah Dato’ Dr Mohamad Jaffar Mohamad Ali, adik kepada Tun Siti Hasmah Mohamad Ali, isteri Mahathir.

Dengan bantuan Jaffar, Rameli mula mengembangkan sayapnya dalam bidang otomotif serta pengangkutan dan berjaya mendapatkan kontrak-kontrak pembekalan bahagian-bahagian otomotif kepada kumpulan Cycle & Carriage (CC) dan Proton.

Di sini sahaja, jelas dilihat bahawa Rameli sudahpun menapakkan kakinya ke dalam kedua-dua kem Anwar dan Mahathir beberapa tahun sebelum pemecatan Anwar dari kerajaan.

Ya, memang sudah menjadi tabiat Rameli dari dulu lagi untuk berbaik-baik dengan semua pihak biarpun tahu bahawa pihak-pihak tersebut saling tidak menyukai antara satu sama lain.

Tabiat inilah yang akhirnya menghantui Rameli apabila Mahathir mengambil keputusan baru-baru ini untuk mengorek segala apa aktiviti yang dilakukan oleh beliau bersama-sama pemimpin-pemimpin tertentu dari PKR dan UMNO.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...