Rompakan tidak berhenti, hanya perompak yang bertukar


SD SALLEH

Syarikat berkaitan kerajaan atau dikenali sebagai GLC (Government Linked Company) kebiasaanya dijadikan ganjaran untuk penyokong-penyokong setia parti. Mereka ini dilantik sebagai pengarah didalam GLC. Mereka juga menikmati pelbagai faedah dan elaun hasil dari lantikan tersebut.

GLC di Malaysia menguasai lebih dari 68,000 syarikat dan 42% dari jumlah saham di Bursa Malaysia. Jadi, GLC merupakan lubuk ‘goldmine’ untuk perompak.

GLC macam Felda merupakan lubuk ‘goldmine’ untuk perompak

Dianggarkan beribu syarikat-syarikat GLC ini yang kebanyakan atau majoritinya mengalami kerugian. Ini kerana kos yang tinggi dan juga ianya diurus tadbir dengan teruk — berpunca dari pengarah-pengarah yang dilantik hasil dari lantikan politik. Mereka bukanya dari golongan profesional, dimana golongan profesional tahu selok belok mengurus tadbir syarikat. Tetapi, pengarah-pengarah ini dilantik kerana mereka kenal dan rapat dengan sesetengah ahli politik.

GLC juga tidak dapat lari dari skandal dan kontravesi. Antaranya seperti skandal tanah yang melibatkan FGV Felda Global Ventures dan FGV merupakan operator perladagan yang terbesar di dunia. Bukan setakat itu sahaja, sesetengah GLC mengalami kerugian yang besar sehingga ianya perlu dijamin oleh kerajaan. Jumlah kerajaan menanggung kerugian syarikat-syarikat GLC ini sehinggakan RM85 billion. Kesemua GLC yang mempunyai skandal pernah diketuai oleh pengarah-pengarah lantikan politik pada masa dahulu.

‘Know-who’ dan bukannya ‘know-how’ ialah jalan untuk menjadi kaya di Malaysia

Dengan jumlah skandal dan kerugian berbilion-bilion ringgit yang dialami oleh syarikat-syarikat GLC di bandingkan dengan 1MDB, adalah seperti langit dan bumi. Isu GLC adalah lebih besar dan bermasalah lebih teruk dari 1MDB.

Perkara yang sama berlaku terhadap ‘local councils’ di seluruh Malaysia. Kebanyakan ahli-ahli majlis sebenarnya tidak layak dan tidak berpendidikan untuk menjadi ahli pun. Disebabkan mereka setia pada parti, mereka dilantik menjadi ahli majlis. Apabila mereka dilantik, mereka dapat la cari makan dan buat duit. Jadi, ‘local councils’ merupakan organisasi yang paling korup di Malaysia.

Pakatan Harapan berjanji untuk melakukan pembaharuan, malah tertera didalam manifestonya yang mereka akan melantik ahli lembaga pengarah dari kalangan profesional dan tiada kaitan politik. Sebaliknya mereka sekarang buat apa yang BN telah buat dahulu. Malah mereka lebih teruk dari apa yang BN buat. Dengan lantikan bukan sahaja dari anggota parti malah mereka melantik sahabat handai dan kaum keluarga menjadi pengarah didalam GLC. Jadi, rompakan terhadap GLC tidak berhenti, hanya perompak yang bertukar. Ini salah satu punca kenapa rakyat marah terhadap Pakatan Harapan.

 



Comments
Loading...