Nampaknya saya yang silap


Raja Sara Petra 

Nampaknya kawan-kawan saya yang betul dan saya yang silap. Saya yang silap apabila mereka memberitahu saya yang mereka mengundi Pakatan Harapan dalam pada PRU 14 kerana Pakatan akan membuat perubahan kepada Malaysia. Kini, tidak sampai setahun memang sudah nampak perubahan yang dibuat oleh kerajaan Pakatan.

Satu perubahan yang amat besar dilakukan adalah larangan merokok. Kerajaan telah menyukarkan orang untuk merokok lagi. Jadi ia akan membuat perokok untuk berhenti merokok dan meninggalkan tabiat atau hobi yang mahal dan tidak sihat ini.

Serbuan dibuat keatas kelab-kelab malam adalah satu langkah yang sangat bagus. Sedikit sebanyak ia akan membantu peminum arak dan penggunaan dadah ini akan berhenti. Membuat serbuan terhadap bar, pub dan kelab malam dan juga membuat ujian kepada sesiapa sahaja yang berada di dalam premis itu adalah langkah yang sangat baik. Dengan paksaan terhadap langkah terpuji itu, ianya dapat membuat rakyat Malaysia lebih suci dan halal.

Dengan menangkap orang secara “random” tidak kira dimana mereka berada serta membuat ujian dadah dan alkohol adalah melanggar hak sivil seseorang. Kadang-kadang demokrasi ini perlu diendahkan demi untuk kebaikan diri kita sendiri.

Mungkin selepas ini, anak dara akan ditahan untuk diperiksa samada mereka masih berdara atau pun tidak. Jika tidak, mereka boleh ditahan atas tuduhan berzina. Ini akan menjadi satu langkah yang baik untuk mencegah gejala sosial dikalangan remaja.

 



Comments
Loading...