Zahid Md Arip, setiausaha politik Dr Mahathir, terlibat dalam kes rasuah FELDA


(Mkini) – Zahid Md Arip, setiausaha politik Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah dikaitkan dalam dakwaan rasuah terhadap bekas pengerusi Felda Isa Abdul Samad.

Zahid, yang merupakan bekas pegawai khas Isa, telah disebutkan dalam 10 pertuduhan terhadap Isa kerana didakwa menerima sogokan RM3 juta dari pembelian sebuah hotel di Kuching.

Mengikut tuduhan itu, Zahid dikatakan menjadi perantara antara Ikhawn Zaidel, seorang pengarah di Gagasan Abadi Properties Sdn Bhd, dan Isa.

Rasuah itu bertujuan memudahkan pembelian Hotel & Suites Merdeka oleh Felda di Kuching ketika Isa adalah pengerusi agensi itu

Rasuah itu didakwa diberikan antara 21 Julai 2014 dan 11 Disember 2015.

Zahid sebelum ini telah ditangkap oleh SPRM pada Ogos 2017 berhubung urusan pembeliah hotel itu dan telah direman selama lapan hari.

Beliau enggan mengulas apabila dihubungi Malaysiakini.

“Saya tidak mempunyai komen. Saya rasa tidak sesuai untuk saya memberi komen semasa kes masih di mahkamah,” katanya.

Zahid adalah ahli majlis tertinggi Bersatu.

 



Comments
Loading...