Polis minta kumpulan lelaki bersurai


(Berita Harian) – Polis meminta sekumpulan lelaki yang berkumpul di seberang jalan menghadap kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, di sini, beredar dari lokasi.

Terdahulu, kumpulan berkenaan dilihat mula berlegar-legar di kawasan itu kira-kira jam 10.45 malam.

UNIT Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan anggota Polis memantau sekitar laluan Kuil Sri Maha Mariamman. – Foto MAHZIR MAT ISA

Sehingga kini berpuluh anggota polis berkawal di hadapan kuil, selain tujuh trak pasukan dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bersiap-siaga di hadapan rumah ibadat itu.

Keadaan terkawal dengan pihak polis masih mengawasi kumpulan berkenaan.

Seorang daripada lelaki dalam kumpulan itu berkata, tujuan kedatangan mereka bukan untuk membuat provokasi, sebaliknya hanya untuk meninjau keadaan.

 



Comments
Loading...