Bagaimanapun kata Perdana Menteri itu, pihaknya akan mencari kaedah terbaik bagi memastikan nasib pemandu teksi di negara ini turut dibela.

Mahathir: We Will Abolish Grab, Ride-Sharing Services If Opposition Takes Over Government

“Saya sudah bangkitkan soal teksi ini supaya ada persaingan sihat dalam kabinet tetapi nampak tak ada tindakan yang sesuai diambil.

“Saya juga sedar bahawa persaingan ini, Grab ini tak payah ada kereta yang diluluskan oleh kerajaan tak ada pemeriksaan Puspakom, insurans dan bayar cukai jalan biasa saja bukan seperti  teksi.

“Persaingan ini hendaklah seimbang satu pihak orang teksi kena macam-macam syarat Grab tak kena apa syarat pun,” katanya pada sesi Pertemuan Bersama Pemandu-Pemandu Teksi Langkawi di Dewan Kencana, Langkawi Lagoon di sini hari ini.

Tambah beliau, perkara tersebut diajukan kepada kementerian berkaitan namun malang sekali belum ada tindakan diambil.

“Malangnya sekarang perkara ini tak ada kemajuan langsung.
Saya perlu berusaha lagi kerana pada pendapat saya kalau nak bersaing perlukan persaingan sihat.

“Saya nak tekankan di sini Grab harus memiliki kenderaan yang disahkan baru dibolehkan oleh kerajaan sebagai layak jadi teksi.
Mereka juga perlu ambil insurans,  perlu bayar cukai sama seperti teksi,” katanya.

Tambah beliau kerajaan perlu bersikap adil kepada kedua-dua golongan berkenaan dengan melaksanakan langkah tepat.

“Saya perlu berusaha lagi kerana pada pendapat saya kalau nak bersaing perlukan persaingan sihat persaingan antara pasukan yang berlainan kekuatannya umpama nak suruh Manchester United lawan dengan pasukan Kedah tentu Kedah kalah, kena ada pasukan yang sama kuat baru ada persaingan adil,” katanya.