Anwar rasa terluka kerana masih belum jadi perdana menteri


(Watan Online) – Bakal Presiden PKR, Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim terus menjaja nama Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bagi membersihkan dirinya daripada tuduhan liwat.

Selain memetik nama Yang di-Pertuan Agong ketika kempennya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Anwar terus mengheret istana untuk meraih sokongan rakyat.

Anwar berkata, pada malam beliau dibebaskan, Yang di-Pertuan Agong menasihatkan supaya beliau membersihkan nama daripada tuduhan liwat.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau turut dinasihatkan supaya tidak mengulangi kezaliman yang berlaku terhadapnya kepada orang lain.

“Saya ulang, selepas dibebaskan, Yang di-Pertuan Agong menasihatkan saya supaya bersihkan nama dari tahun 1998 sehingga 2018,” katanya yang berkongsi nasihat Sultan Muhammad V kepadanya di majlis Meet Anwar Ibrahim, Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Bestari Jaya, di Kuala Selangor, Rabu malam.

Terdahulu, beliau diajukan soalan berkenaan kebenaran isu liwat yang disabitkan terhadapnya sebelum ini.

Majlis berkenaan dianjurkan oleh Anwar Ibrahim Club (AIC) dan UNISEL.

Pada 16 Mei lalu, Anwar diberikan pembebasan serta-merta selepas mendapat perkenan pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong.

Dalam majlis sama, Anwar mengakui beliau merasa terluka kerana masih belum menjadi perdana menteri, namun katanya itu adalah pengorbanan dirinya untuk negara.

“Ada orang tanya kenapa terlalu cepat? Aku dah tunggu 20 tahun! Kenapa PD (Port Dickson)? Dah menang besar, sudahlah. Dulu calon perdana menteri Anwar tapi kena penjara. Bagi ruang kepada Tun (Tun Dr Mahathir Mohamad),” katanya.

 



Comments
Loading...