Kekayaan luar biasa anak-anak Tun Dr Mahathir – part 2


(Geliga Naga) – Kita telah melihat serba sedikit tentang kekayaan yang dimiliki oleh Tan Sri Mokhzani Mahathir di bahagian pertama dan biarlah ayah beliau iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan kepada rakyat Malaysia bagaimana anaknya mendapat kemewahan dalam masa begitu singkat.

Dalam bahagian ini, kita lihat pula kekayaan yang di miliki oleh seorang lagi anak Dr Mahathir iaitu Mirzan Mahathir.

Mirzan memulakan kariernya selepas tamat pengajian beliau di Amerika Syarikat di IBM World Trade Corporation sebelum meneroka ke dalam bidang perniagaan pada tahun 1990. Pada tahun 1992, beliau telah dilantik menjadi Pengarah dalam Lembaga Konsortium logistik Berhad di mana syarikat ini disenaraikan di papan utama bursa saham Kuala Lumpur pada tahun 1996.

Mirzan yang merupakan anak kedua kepada Dr Mahathir memegang jawatan sebagai pengerusi dan presiden eksekutif dalam syarikat Konsortium Logistik Berhad ini sehingga tahun 2007 di mana beliau, menurut sumber, telah memiliki aset-aset dan kekayaan yang dianggarkan bernilai RM780 juta.

Selain daripada itu, tidak perlu lagi untuk menulis berkenaan Petron Corporation Filipina dan syarikat arak San Miguel dimana Mirzan merupakan seorang pemegang saham dan juga ahli lembaga pengarah.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...