SYARAHAN PERDANA GAGASAN BERSIFAT NEGARAWAN, TAWAR MANIFESTO REALISTIK DAN SEIMBANG


DARI SUDUT LAIN

18 Mac yang lalu, Gagasan Sejahtera (GAGASAN) telah melancarkan manifesto mereka bagi menghadapi PRU14  yang semakin hampir. Menjadi kebiasaan bagi setiap parti politik yang bertanding untuk mengemukakan manifesto sebagai salah satu daya tarikan untuk rakyat memilih mereka. Manifesto tersebut telah dilancarkan dalam program Syarahan Perdana Presiden PAS yang juga merupakan pengerusi GAGASAN di Astana Banquet Hall, Cyberjaya.

Sebelum mengulas mengenai tawaran GAGASAN, mesej yang disampaikan oleh Dato Seri Abdul Hadi dalam Syarahan Perdana beliau juga menarik untuk dikongsikan. Kandungannya berkisar tentang pembawaan GAGASAN di arena politik Malaysia secara umum, dan persediaan menghadapi PRU14 secara khusus. Syarahan yang amat seimbang, rasional dan menggambarkan watak seorang negarawan.

Antara lainnya beliau menyatakan bahawa Malaysia bukanlah sebuah negara yang gagal. Ini sekaligus menafikan dakwaan DAP yang mendakwa sedemikian. Jelas beliau, Malaysia kaya dengan berbagai sumber dan berpotensi luas untuk maju kehadapan. Selain daripada pemain-pemain politik, pegawai-pegawai kerajaan masih ramai yang professional, berkualiti dan berintegiriti dalam pentadbiran negara. Begitu juga dengan golongan akademik, ramai yang bertaraf antarabangsa dengan kajian dan penemuan yang diiktiraf dunia. Kalangan korporat dan usahawan turut menyumbang dalam pembangunan negara terutama dari sudut ekonomi.

https://dapmalaysia.org/statements/2018/02/03/26462/

https://dapmalaysia.org/statements/2017/06/12/25136/

Kesemua ini tidak seharusnya dilupakan lalu menghukum Malaysia sebagai sebuah negara yang gagal hanya kerana masalah yang berlaku di peringkat politikus sahaja. Benar arena politik menjadi lapangan yang sangat penting dalam menentukan halatuju dan masadepan negara, tetapi sesebuah negara tidak hanya berfungsi dengan sistem politik semata-mata. Banyak sektor-sektor lain yang turut terlibat.

Kenyataan ini telah memberi isyarat penting bahawa GAGASAN mengiktiraf sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh kakitangan kerajaan, ahli korporat dan semua pihak. Ini sekaligus menggambarkan bahawa GAGASAN akan terus menggunakan khidmat-khidmat mereka dalam melaksanakan dasar-dasar dan perancangan yang telah mereka atur sekiranya diberi peluang memerintah negara.

GAGASAN turut menyatakan pengiktirafan terhadap kerajaan yang terpilih secara sah melalui proses demokrasi yang ada pada hari ini dan sedia bekerjasama dan menjadi penasihat dalam perkara yang memberi manfaat kepada negara dan rakyat walaupun tergolong dalam kumpulan parti pembangkang.

Walaubagaimanapun, GAGASAN mengakui bahawa terdapat masalah-masalah besar dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Masalah dalam aspek politik ialah seperti politik wang dan politik kebencian. Masalah dalam ekonomi seperti hutang isi rumah yang semakin membesar dan jurang kaya-miskin yang semakin melebar, termasuklah kos sara hidup yang menekan rakyat terbanyak. Masalah dari segi sosial seperti goyangnya perpaduan kaum, peningkatan kadar jenayah dan keruntuhan moral berleluasa, kehidupan beragama yang dihimpit kiri-kanan oleh gaya hidup bebas, dan sebagainya.

Menurut GAGASAN, punca dan sebab paling utama adalah masalah melencongnya aqidah dan rosaknya akhlak, sehingga institusi kekeluargaan menjadi tidak tenteram, masyarakat hilang punca, berpolitik dijadikan sebab untuk mengaut keuntungan duniawi, nafsu mengatasi akal, dan sebagainya. Tetapi aspek menekankan akidah dan akhlak kadangkala tidak diminati oleh setengah masyarakat umum hari ini untuk diselesaikan kerana mereka hanya berfikir mengenai masalah kehidupan yang sangat menekan, dan bagaimana untuk meneruskan kehidupan seharian dengan apa cara sekalipun. Akhirnya kita hanya bertindak untuk menyelesaikan masalah di depan mata sahaja, tanpa melakukan perubahan kepada kemanusiaan, sistem kenegaraan dan kaedah pelaksanaan bernegara.

Sebagai sebuah gabungan kerjasama yang dipimpin oleh PAS, GAGASAN telah menawarkan beberapa solusi dan kaedah penyelesaian kepada masalah-masalah yang berlaku mengikut ajaran Islam. Antara yang dinyatakan dalam syarahan tersebut adalah memorandum GAGASAN kepada pihak kerajaan berkaitan dana politik, barah rasuah dan isu FELDA. Juga dokumen rasmi yang dihasilkan oleh komponen GAGASAN seperti Resolusi Kongres Rakyat Kebangsaan, Resolusi Kongres Rakyat Negeri-negeri, Dokumen Hijau dan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS). Pada ketika itu juga, mereka melancarkan satu lagi tawaran kepada negara dan rakyat yang dikenali sebagai Manifesto Malaysia Sejahtera.

Syarahan dan pelancaran manifesto itu telah mendapat liputan meluas dari berbagai pihak tidak hanya komponen-komponen politik, tetapi turut diulas oleh golongan profesional, media bebas dan sebagainya. Secara tidak langsung ia telah menenggelamkan manifesto yang ditawarkan oleh pihak lain samada dari Pakatan Harapan (PH) mahupun Barisan Nasional (BN).

http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/gagasan-sejahtera-lancar-manifesto-pru14-1.802996

http://watan-online.com/gagasan-sejahtera-lancar-manifesto-pru-14/

https://www.ismaweb.net/2018/03/13/pas-lancar-manifesto-gagasan-sejahtera-ahad-ini/

http://malaysiagazette.com/v2/blog/2018/03/19/pas-lancar-manifesto-gagasan-sejahtera-dengan-20-tawaran-utama/

http://www.1media.my/2018/03/the-edge-pas-tawar-technocratic.html

Sambutan yang diberikan berbagai pihak terhadap manifesto tersebut turut menarik perhatian The Other View (TOV) untuk mengulasnya. Tawaran tersebut dilihat unik dan menarik. Walaupun PAS sebelum ini dikenali sebagai parti pak lebai dan diragui kemampuan untuk memerintah, tetapi tawaran-tawaran yang diberikan sedikit sebanyak merubah persepsi tersebut.

Kupasan lanjut mengenainya akan dibentangkan dalam siri akan datang.

 



Comments
Loading...