ADAKAH AZMIN TROJAN HORSE DR MAHATHIR?


DARI SUDUT LAIN

Tindakan MB Selangor Dato Seri Azmin Ali membekukan peruntukan untuk rakyat di kawasan-kawasan parlimen dan DUN yang diwakili PAS di Selangor menunjukkan beliau benar-benar terdesak. Jelas beliau mahu menekan wakil rakyat PAS supaya tunduk kepada kemahuan beliau terutama percaturan menghadapi PRU14 kelak. Sikap PAS yang bertekad mahu bertanding di kawasan yang ditandingi oleh PKR benar-benar membuat Azmin kegusaran. Azmin dan semua calon PKR sangat bergantung kepada undi penyokong PAS kerana mereka tidak memiliki kekuatan akar umbi seperti UMNO dan PAS.

Ada beberapa kemungkinan yang boleh dibaca melalui tindakan terdesak Azmin ini:

  1. Pertama, sudah tentu beliau mahu kekal sebagai YB dan MB untuk penggal akan datang. Itulah matlamat tipikal mana-mana ahli politik di Malaysia. Oleh sebab itu, beliau berusaha memasktikan PAS tidak bertanding di kerusi-kerusi PKR.
  2. Kedua, beliau mungkin mahu menggunakan kedudukannya yang berjaya menjadi MB dengan sokongan PAS dan DAP sebagai modal untuk bertanding jawatan Presiden PKR. Kedudukan beliau sebagai MB mampu untuk mencabar takhta yang disandang Dato Seri Wan Azizah itu. Umum mengetahui kedua mereka tidak sebulu dan sedang bersaing. Hatta Azmin Ali turut memiliki rekod tegang dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.
  3. Ketiga, sekiranya beliau berjaya menjadi Presiden PKR, ia adalah satu kelebihan untuk beliau meminta jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri jika PH berjaya merampas Putrajaya. Dari segi keyakinan yang dimiliki pemimpin PH, mereka begitu optimis bakal menamatkan riwayat BN walaupun dari segi data kajian dan trend semasa menunjukkan sebaliknya. Harapan mereka terlampau tinggi.
  4. Keempat, Azmin mungkin bakal menggunakan hubungan yang berjaya dijalinkan semula dengan PAS supaya Presiden PAS menarik balik saman terhadap Sarawak Report (SR) di London. Perkembangan kes tersebut sangat tidak memihak kepada Editor SR, Clare Rewcastle Brown. Beliau adalah orang suruhan Dr Mahathir dalam menyebarkan tuduhan terhadap musuh politik bekas PM itu. Azmin yang dikenali rapat dengan Dr Mahathir sejak dulu hingga kini pasti akan menggunakan kedudukannya untuk memujuk Presiden PAS menarik balik saman terhadap SR.

Jadi, sekarang Azmin bekerja kuat untuk siapa, Dr Mahathir atau Anwar? Semua ini mungkin hanya bersifat andaian. Namun andaian yang dibuat adalah bersandarkan track record Azmin sepanjang karier politiknya. Beliau seorang yang ambitious dan memiliki kepentingan peribadi yang tinggi. Orang sebegini sangat bercita-cita besar. Bak sabda Rasulullah SAW, manusia tidak akan puas dengan apa yang dimiliki. Kalau dapat satu lembah dipenuhi emas, pasti mereka mahu satu lembah lagi!

 



Comments
Loading...