RAIS IBARAT BELANDA DAPAT TANAH


Kenyataan saudara Rais Hussin, Ahli Majlis Tertinggi PPBM, yang mengatakan bahawa “Isu Anwar bukanlah Keutamaan” PH adalah seupama *’Belanda mendapat Tanah’*.

Pembentukkan PH adalah hasil daripada perjuangan rakyat di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila ketidakadilan berlaku terhadap beliau dan rakyat kebanyakkan. Bermula dengan gerakan Reformasi yang dicetuskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dokongan pimpinan-pimpinan hebat seperti Allahyarham Datuk Fadzil Nor, Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan mendiang Karpal Singh dan pimpinan-pimpinan NGO lain.

Kebangkitan rakyat disebabkan penolakkan mereka terhadap ketidakadilan, salahguna kuasa dan keruntuhan institusi Demokrasi seperti institusi kehakiman, polis dan lain-lain.

Hak-hak asasi manusia rakyat kebanyakkan dinafikan. Ramai yang ditahan tanpa bicara dan tercerdera dalam mempertahankan hak mereka.

Keyakinan rakyat memperjuang agenda reformasi disebabkan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan-rakan seperjuangan yang lain.

Pendakwaan dan pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah manifestasi ketidakadilan rejim kerajaan sekarang dan institusi-institusi berkaitan yang perlu diganti dan direform.

Perjuangan menuntut Keadilan (Justice) dan Perubahan Demokratik (Democratic Reform) sentiasa menjadi tonggak utama perjuangan rakyat dan Isu Anwar Ibrahim sentiasa menjadi keutamaan dan mendapat Konsensus semua pihak yang bersama-sama berjuang seawal 1998.

Malah yang lebih penting lagi Anwar Ibrahim sentiasa menjadi pemimpin ‘Penyatu’ kepada kesemua kepelbagaiaan jalur warna perjuangan rakyat. Adalah menjadi agenda utama pihak lawan seperti UMNO/BN untuk tidak menjadikan isu Anwar Ibrahim sebagai isu utama sehingga terdesak memenjarakan beliau. UMNO/BN sedar Anwar Ibrahim perlu dipisahkan daripada PH untuk melemahkan PH. Mungkin Rais gagal memahami isu ini kerana baru bersama-sama menyertai perjuangan rakyat yang mungkin asing kepada beliau.

Kes Anwar Ibrahim dikritik hebat oleh badan-badan wibawa dunia atas alasan beliau tidak diberi Perbicaraan Adil. PERBICARAAN ADIL adalah merupakan prinsip utama sistem Demokrasi di dunia dan prinsip utama pembinaan Negara Hukum.

Mungkin yang membezakan perjuangan KEADILAN dan apa yang difahami oleh Rais ialah Perubahan Demokratik di bawah pimpinan Anwar Ibrahim dan perjuangan semata-mata untuk  mengganti PM sekarang tanpa memberi keutamaan isu Keadilan dan Perubahan Demokratik.

Saya ingin ingatkan kepada Rais bahawa “Dragon Comes in many forms and the Warriors who rise to meet them have many faces”. Ada beza di antara Perubahan Pimpinan Semata-mata dengan Perjuangan MENUNTUT KEADILAN DAN PERUBAHAN DEMOKRATIK.

Pepatah Melayu sering mengingatkan adab orang Melayu agar tidak menjadi seeprti ‘Belanda Yang mendapat tanah’ yang bukan sahaja lupa budi orang memberi ruang tanah tersebut malah menjajah pemilik asal tanah tersebut.

Yusmadi Yusoff
Koordinator
#FreeAnwarNow

 



Comments
Loading...