EVANGELIKAL MENGUASAI REPUBLIKAN DI AMERIKA, DAP DI MALAYSIA


DARI SUDUT LAIN

Dunia Islam dikejutkan dengan berita pengisytiharan Presiden US, Donald Trump bahawa Jurusalem (Baitulmaqdis) merupakan ibunegara Israel pada 6 Disember yang lalu. Walaupun mendapat tentangan hampir dari seluruh dunia, Trump tetap berkeras untuk melaksanakan peruntukan undang-undang Jurusalem Embassy Act 1995 yang diluluskan sejak tahun 1995 itu.

https://www.nytimes.com/2017/12/06/world/middleeast/trump-jerusalem-israel-capital.html

Trump merupakan satu-satunya presiden yang berani untuk menyatakan hasrat memindahkan kedutaan US ke Jurusalem dari Tel Aviv, kerana presiden lain sejak zaman Bill Clinton sering menangguhkannya dengan menandatangani six-month waiver sehingga tamat tempoh pemerintahan masing-masing.

http://foreignpolicy.com/2017/11/30/how-to-move-the-u-s-embassy-to-jerusalem/

Beberapa portal media antarabangsa mendedahkan bahawa tindakan Trump adalah kerana desakan gerakan Evangelikal yang menguasai Parti Republikan. Trump sebelum ini dalam kempen pilihanrayanya berjanji untuk mengiktiraf Jurusalem bagi meraih undi daripada kumpulan Evangelikal yang berpengaruh dalam politik US.

https://www.haaretz.com/israel-news/1.827591

http://edition.cnn.com/2017/10/14/politics/donald-trump-religious-conservatives-appeals/index.html

Berkenaan dengan Evangelikal, ia merupakan sebuah gerakan kristian yang dikatakan berasal daripada US. Mereka memiliki agenda menyebarkan ajaran kristian dengan mengaitkannya berperanan dalam dominasi politik. Mereka tidak seperti mazhab Protestan yang sekular, tetapi mempercayai Bible secara literal dan menganggap ia perlu diamalkan mempengaruhi semua bidang kehidupan termasuklah ekonomi, sosial, kebudayaan dan politik.

https://www.nae.net/evangelicals-and-politics/

Gerakan Evangelikal kini berleluasa bukan sahaja di US, bahkan telah memasuki berbagai negara. Mereka bergerak melalui World Evangelical Alliance (WEA). Negara kita tidak terkecuali apabila salah satu cawangannya iaitu National Evangelical Christian Fellowship (NECF) berada di Malaysia. Hubungan Evangelikal Malaysia juga rapat dengan Singapura yang menjadi pusat penyebaran agama tersebut di rantau Asia Tenggara.

http://www.tandfonline.com/doi/abs/10.1080/10357823.2016.1156052?src=recsys&journalCode=casr20

http://www.worldevangelicals.org/members/alliances.htm

Jika di US Evangelikal bergerak dari sudut politik melalui proksi Parti Republikan, di Malaysia mereka mempunyai rangkaian dengan pimpinan-pimpinan DAP. Seorang pengkaji Kristian Evangelis, Dr Chris Chong, bersetuju bahawa DAP mempunyai pimpinan berpengaruh dari kalangan Kristian evangelikal, dan Hannah Yeoh disebutkan sebagai satu contoh baik mengenainya. Kawasan pilihan raya beliau didakwa mempunyai bilangan gereja per kapita paling banyak di Malaysia.

https://irfront.net/post/interviews/understanding-evangelical-christianity-in-malaysia/

Malah ianya disokong oleh Helen Ang, seorang pengkaji politik Malaysia yang kritikal

https://helenang.wordpress.com/2015/11/03/dap-evangelical-christian-leadership-of-msian-chinese/

Bahkan buku beliau ‘Becomming Hannah’ telah menjadi kontroversi apabila dengan terangan beliau mengaku menyebarkan kristian. Buku tersebut tersebar di seluruh Malaysia, dijual di kedai-kedai buku popular berleluasa. Perkara tersebut jelas bertentangan dengan undang-undang negara yang menghlanag penyebaran sebarang agama lain terhadap penganut Islam. Malah di dalam bukunya itu, beliau menyebutkan hasrat menjadi kerajaan suatu masa nanti.

https://www.facebook.com/1644910628853204/photos/a.1661000483910885.1073741829.1644910628853204/1661000450577555/?type=3&theater

Perkara ini membenarkan lagi pendedahan bekas pegawai khas kepada Lim Guan Eng dahulu, Razali Abdul Rahman yang menceritakan pakatan DAP dengan gereja yang mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian selepas PRU13 yang lepas.

https://www.youtube.com/watch?v=KrUg24uvHUk

Perkara ini perlu dilihat secara serius. Di Rusia sebagai contoh, presiden Vladimir Putin telah menandatangani satu Undang-undang Anti-evangelikal yang disebut sebagai Yarovaya Act. Ini kerana pemerintah Rusia telah mengklasifikasikan Evangelikal sebagai sebagai gerakan ekstremis yang boleh menggugat keharmonian negara tersebut.

https://www.themalaysianinsight.com/s/5196/

Jika benar DAP dipengaruhi kumpulan Evangelikal, maka tidak hairanlah tindakan mereka kebelakangan ini sering mencetuskan kontroversi dan bersifat provokatif. Mereka sering menentang sebarang usaha yang berkait dengan Islam, sehingga Mufti Perlis pernah mengatakan bahawa DAP sering menentang apa sahaja yang berkait dengan Islam. Mufti Pahang pula mengkategorikan DAP sebagai kafir harbi dan turut disokong oleh mufti Perak.

https://www.youtube.com/watch?v=vLjBTEBiiDc

https://www.youtube.com/watch?v=juujLps4Fnk

Atas segala kebimbangan yang dinyatakan di atas, seharusnya Malaysia memikirkan keperluan untuk mewujudkan undang-undang yang sama seperti Rusia.

 



Comments
Loading...