ADAKAH DAP SETUJU TWEETS ZAID IBRAHIM?


DARI SUDUT LAIN

Dalam satu perhimpunan yang dianjurkan oleh PH beberapa bulan lalu di Ibukota, Dr Mahathir telah menempelak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebagai keturunan lanun Bugis. Kenyataan beliau berbaur perkauman dan ramai pihak telah menyelar kenyataan beliau itu. Antaranya adalah Persatuan Perpaduan Rumpun Bugis Melayu Malaysia dan Persatuan Belia Bugis Makassar Indonesia.

Turut menegur Dr Mahathir adalah DYMM sultan Johor dan Sultan Selangor. Ini kerana salasilah keturunan kesultanan kedua-dua buah negeri tersebut adalah Bugis. Sultan Johor menyifatkan tuduhan Bugis sebagai lanun adalah mengganggu sensitiviti keturunan Bugis yang berada di seluruh rantau ini. Sultan Selangor pula menganggap kenyataan tersebut sebagai amat keterlaluan dan boleh mencetuskan perasaan benci dan prasangka buruk rakyat terhadap bangsa Bugis sehingga boleh mencetuskan huru-hara.

“Beliau hanya marah dan kemarahannya akan membakar seluruh negara,” Titah baginda.

Dalam perkembangan lain, ahli DAP Zaid Ibrahim memberikan respon balas terhadap titah Sultan tersebut. Beliau menerusi laman sosial twitternya menegur Sultan sebagai tidak berhai-hati dalam mengeluarkan kenyataan.

“Sultan Selangor should be careful with his words. No one is immune when country burns” Kata Zaid.

Perkara tersebut mengundang kemurkaan Sultan sehingga baginda menitahkan agar Zaid beredar dari negerinya dan pulang sahaja ke negeri asal beliau iaitu Kelantan. Selain itu Sultan turut menyarankan agar Zaid membaca kenyataan beliau secara teliti terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan. Sultan juga menyatakan bahawa dia tahu Zaid sengaja mengeluarkan kenyataan tidak benar mengenai dirinya sebagaimana yang telah dilakukan sebelum ini. Ini kerana beliau seorang politikus dan sangat membenci Institusi Raja.

https://twitter.com/zaidibrahim/status/937866104084369409?lang=en

http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/go-back-to-kelantan-selangor-sultan-tells-zaid#uso0qMkZy3xBoXUT.97

Kenyataan Zaid langsung tidak meredakan ketegangan antara Mahathir dan Sultan sebaliknya ia hanya menyimbah petrol ke atas api yang sudah marak. Apa yang menjadi persoalan, kenapakah pemimpin-pemimpin DAP yang lain berdiam diri sahaja dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Zaid ini? Adakah mereka juga bersetuju, ataupun adakah kenyataan itu dibuat atas agenda yang telah diatur DAP sendiri?

Mengikut pandangan satu tulisan di Malaysia Today, tugas utama Zaid dalam DAP adalah untuk menyerang Raja-raja Melayu. PH didominasi oleh pemimpin-pemimpin anti-monarki seperti Zaid, Mahathir, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim. Kesemua mereka memiliki agenda besar untuk menghapuskan institusi kesultanan di Malaysia, dan bercita-cita untuk menubuhkan kerajaan republik supaya mereka memiliki kuasa tertinggi di negara.

http://www.malaysia-today.net/zaids-job-is-to-attack-the-raja-raja-melayu/

 



Comments
Loading...