Larang Pesta Arak Bukti Malaysia Gagal Amal Kesederhanaan


(My News Hub) – Hanya dengan kemenangan pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dapat menghentikan keganasan, ketaksuban dan ekstremisme di Malaysia serta mewujudkan keadilan, belas kasihan, kebebasan dan toleransi di negara ini.

Pemimpin Pakatan Harapan daripada DAP, Lim Kit Siang memberi contoh kegagalan Malaysia dalam mengamalkan kesederhanaan apabila mengharamkan pesta arak Better Beer Festival 2017 walaupun Malaysia mempunyai Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM)

“Penubuhan GMM terbukti tidak global dan tidak sederhana dan contoh terbaru adalah larangan pesta arak atas alasan keselamatan dan ancaman pengganas yang tidak ada waras atau rasional untuk diterima oleh rakyat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pakatan Harapan merupakan sebuah gabungan parti pembangkang yang dibairisi DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN)

Kit Siang bagaimanapun menaruh keyakinan masyarakat Melayu di kawasan kampung dan luar bandar sedang mengalami revolusi kerana semakin ramai daripada mereka mahu memberi kuasa pemerintahan negara kepada pembangkang.

Lagipun, kata beliau, Pakatan Harapan cuma memerlukan 10 peratus lagi sokongan kaum Melayu untuk merampas Kerajaan Persekutuan dan memerintah negara ini.

 



Comments
Loading...