Kit Siang khianat Nik Aziz, langgar YDP Agong


DARI SUDUT LAIN

DAP semakin menampakkan penguasaan mereka dalam Pakatan Harapan (PH), apabila Lim Kit Siang mengumumkan Husam Musa sebagai Menteri Besar Kelantan yang seterusnya jika PH berjaya menawan negeri tersebut. Beliau berbuat demikian dalam satu majlis sambutan Hari Raya di sana baru-baru ini.

http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/06/29/kit-siang-endorses-husam-musa-as-next-kelantan-mb/

Tindakan ini mengesahkan lagi dakwaan banyak pihak bahawa DAP sememangnya mengepalai PH. Dengan jumlah kerusi parlimen yang dimiliki DAP kini iaitu 37, menjadikan mereka parti terkuat dalam PH mengatasi PKR yang hanya ada 30, PAN 6 dan PPBM 2.

Sebelum ini lagi DAP telah menunjukkan taring mereka sebagai ketua PH seperti dalam isu penentuan PM dan pendaftaran PH. Walaupun Dr Mahathir cuba menguasai PH, tetapi percubaan itu masih tidak berhasil kerana PAN lebih menumpahkan kesetiaan kepada DAP. PKR pula rata-ratanya masih tidak selesa dengan Dr Mahathir.

http://www.malaysia-today.net/dap-pkr-tolak-mahathir-sebagai-calon-pm/

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/4168/

http://www.utusan.com.my/berita/politik/tolak-monopoli-ppbm-1.493375

Berkait dengan pengumuman Husam bakal ditabalkan sebagai Menteri Besar, ia secara jelas telah mengkhianati al-marhum Tuan Guru Dato Nik Aziz yang begitu disanjung PAN selama ini. Ketika Tuan Guru masih hidup, dia tidak memilih Husam menggantikan beliau walaupun pada awalnya Husam dikenali memang rapat dengannya dan menjadi exco kanan sejak sekian lama. Sebaliknya Tuan Guru memilih Ustaz Ahmad Yaakob sebagai Menteri Besar baharu.

http://antarapos.com/am/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7Wnc5Ngag==

Lebih daripada itu, Lim Kit Siang juga sebenarnya tidak mempedulikan perkenan Sultan Kelantan. Tindakan beliau mengumumkan Husam seolah-olah satu cubaan untuk membelakangkan perkenan Baginda Sultan yang berkuasa penuh melantik Menteri Besar. Bahkan jika disoroti insiden perlantikan exco Kelantan pasca PRU 13, nama Husam telah ditolak oleh Sultan Kelantan, bukan untuk dilantik sebagai MB, malah sebagai exco pun tidak diperkenan! Husam telah menjadi persona non-grata dalam pentadbiran kerajaan Kelantan.

http://www.sinarharian.com.my/mb-kelantan-tuanku-tolak-nama-husam-1.157972

Walaupun pengumuman itu dibuat di hadapan Presiden PAN, Haji Mohamad Sabu dan Penasihatnya, Ustaz Ahmad Awang, ramai di kalangan pemimpin PAN sendiri tidak selesa dengan tindakan Lim Kit Siang itu. Naib Presidennya Salahuddin Ayub mengatakan bahawa Lim Kit Siang tidak merujuk kepada parti itu terlebih dahulu. Pengerusi PAN Kelantan pula mendakwa tindakan Lim Kit Siang hanya pandangan peribadi beliau.

https://www.bharian.com.my/node/298466

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/06/30/amanah-di-kelantan-calon-mb-tidak-diumum-sebelum-pru/

Walaubagaimanapun, Husam Musa dalam responnya terhadap pengumuman Lim Kit Siang itu, bersedia menerima jawatan MB jika dipilih. Ironinya, DAP tidak pernah bertanding walau satu kerusi pun di Kelantan. Bagaimana mereka mahu menentukan MB?

https://www.youtube.com/watch?v=38OPxS3RUHc

 

 



Comments
Loading...