DAP jadikan rumah terbuka Aidilfitri sebar politik


(Utusan) – Kepemimpinan tertinggi DAP dilihat semakin terdesak apabila menjadikan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri parti itu di Dewan Serbaguna Sungai Jawi dekat sini hari ini sebagai tempat menyampaikan mesej politik mereka kepada pengunjung.

Tinjauan Utusan Malaysia di sini mendapati, beberapa ahli politik yang menyampaikan ucapan itu ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Ketua Menteri merangkap Setiausaha DAP belum disahkan jawatannya, Lim Guan Eng; Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo serta bekas Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.

Lebih mengejutkan, beberapa risalah mengandungi pelbagai isu politik yang memburuk-burukkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) diedarkan pihak penganjur kepada semua pengunjung majlis yang turut dihadiri kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, majlis yang bermula pada pukul 12 tengah hari itu dilihat tidak mendapat sambutan apabila banyak meja di dewan berkenaan kosong dan pengunjung mula pulang kira-kira pukul 2.30 petang meskipun majlis belum selesai.

 



Comments
Loading...