KIT SIANG LANTIK MB KELANTAN


Roslan Sms

Inilah yang Kit Siang tunggu-tunggu. Peluang untuk tunjuk pada pimpinan PH bahawa beliaulah sebenarnya Ketua Nombor “1” mereka.

Jika bagi jawatan PM masih sorong-tarik antara beberapa nama dan parti, sekejap Anwar sekejap Dr Mahathir, Azmin, Kit Siang sendiri tetapi di Kelantan beliau terus curi kesempatan tanpa konsensus sesiapa pun untuk beri tauliah dan pengiktirafannya.

Barangkali bersorak gembira melonjak-lonjak anak-anak Kelantan mendengar pengumuman ini. Husam Musa diangkat Kit Siang sebagai bakal MB Kelantan.

Apa lagi nak dikatakan pada Pan.

Biar roboh dan jatuh kerajaan pimpinan ulamak Kelantan. Biar lingkup kerajaan “Membangun Bersama Islam”. Kesemuanya dimusuhi Kit Siang.

Yang Kit Siang mahu adalah sebuah kerajaan liberal di Kelantan. Boleh bersaing dan berkerja bawah DAP.

Husam Musa lah orangnya yang boleh memenuhi citarasa dan agenda Kit Siang dan DAP yang memusuhi PAS dan sebarang usaha untuk menobat dan memartabatkan Islam sebahai sebuah sistem hidup bermasyarakat dan bernegara.

Banggalah barangkali Pan dan Husam setelah diangkat dan dijulang oleh pemimpin ulung mereka Lim Kit Siang.

Ayuh anak-anak Kelantan sudah jelas tidak perlu bersuluh lagi. Inilah malapetaka besar yang mahu diseret ke Kelantan.

Pertahankan kerajaan ulamak Kelantan. Tunjuk jalan keluar buat kelompok  pengkhianat dam talibarut ini.

Selamatkan Kelantan Pertahankan Islam!

_* sementara itu baca komen-komen dalam Malaysiakini ini yang meluat dan bosan dengan Kit Siang_

 



Comments
Loading...