Mahathir tidak layak: Exco Armada Pusat


(Sinar Harian) – Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak layak jadi perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan diberi mandat memerintah negara.

Exco Armada Pusat, Abd Wahazir Abd Wahabi berpendapat, dalam Pakatan Harapan ramai yang ‘tidak waras’ dan dalam masa sama, banyak nama pemimpin dicalonkan bagi jawatan itu.

“Ada calonkan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pengerusi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga mentor saya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, selain Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Saya rasa itu tidak betul, sepatutnya ada orang lain yang lebih layak jadi perdana menteri,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

 

 



Comments
Loading...