Kenapa tidak masuk tabligh jika PAS tolak pilihan raya, soal Zairil Khir


(MMO) – Ahli Parlimen DAP mempersoalkan mengapa PAS tidak menyertai jemaah tabligh jika sekadar mahu mencari keredaan Allah dan pembalasan akhirat.

Zairil Khir Johari berkata PAS sewajarnya memilih jalan dakwah jika tidak mementingkan kemenangan dalam pilihan raya sebagai strategi untuk berpolitik.

“Mengapa PAS tidak meninggalkan sahaja perjuangan melalui pilihan raya dan menjadi jemaah tabligh atau tarekat sufisme sahaja?

“Sesungguhnya, sebuah parti politik harus bermatlamat untuk memberi impak terhadap d”Bagi parti politik, jalannya adalah dengan mengubah dasar negara ke arah yang lebih insani, manusiawi dan adil kepada semua.

“Jika PAS tidak lagi memiliki wawasan ini, maka apa gunanya menggelarkan diri sebagai parti politik?” katanya alam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Bukit Bendera mendakwa kepimpinan PAS “seolah-olah bersedia mengorbankan prinsip” amar makruf dan nahi mungkar yang diperjuangkan sebelum ini demi berkerjasama dengan Umno.

Beliau mencurigai keikhlasan PAS yang didakwanya mempertahankan skandal kewangan 1MDB dan membela Umno dalam menyokong agenda hudud.

“Namun, (Datuk Seri Abdul) Hadi (Awang) pula dengan pantas membela Umno kononnya bukan hak kita untuk mengukur tahap keikhlasan seseorang.

“Apakah Hadi terlalu naif atau tidak mahu mengiktiraf realiti?

“Sememangnya keikhlasan itu bukan hak kita untuk menentukan tetapi kita boleh menilai berdasarkan sikap seseorang itu,” katanya.



Comments
Loading...