Hannah Yeoh nafi terima surat permohonan Khalid jawab isu SPLASH


hanna-yeoh

Khalid Ibrahim terlepas peluang memberi penjelasan kepada Dewan berhubung isu SPLASH malah tidak hadir semasa menteri besar memberikan penerangan.

(FMT) – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh menafikan ada menerima suat permohohan daripada bekas menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung permohonan memberikan penjelasan mengenai tawaran kepada Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH).

Katanya, Khalid bukan lagi menteri besar dan harus mengikut peraturan mesyuarat yang ditetapkan Dewan bagi sesi penjelasan berhubung isu berkenaan.

“Saya tidak terima permohohan Khalid kerana saya baca laporan (media) beliau mengatakan ada tulis surat. Saya langsung tidak terima surat begitu juga pejabat speaker dan pejabat Dewan Negeri.

“Saya difahamkan pegawai beliau ada hubungi pegawai Dewan tapi ia tidak rasmi dan bertanya sama ada ada ruang untuk beliau datang bagi menjelaskan perkara ini,” katanya dalam satu sidang media di lobi DUN Selangor.

Khalid dalam satu kenyataan sebelum ini memberitahu sudah menghubungi pejabat DUN negeri itu untuk menetapkan tarikh bagi menjawab tuduhan dilemparkan ke atasnya berhubung tawaran pampasan kepada SPLASH.

Azmin sebelum ini menuduh Khalid menawarkan SPLASH dengan nilai pampasan sehingga RM2.975 bilion selain gagal memaklumkan perkembangan pengambil alihan aset kepada DUN Selangor, sewaktu menjadi menteri besar.

Bagaimanapun, Khalid manafikan dakwaan berkenaan dan berkata ia sengaja dicetuskan Azmin kerana mahu mengalih perhatian terhadap persetujuannya membayar tuntutan SPLASH, dengan harga 10 kali ganda lebih tinggi.

Mengulas lanjut, Hanna berkata permohonan Khalid untuk menjawab tuduhan Azmin di DUN tetap ditolak berikutan mengikut peraturan mesyuarat Dewan kerana peluangnya sudah terlepas.

“Beliau bukan lagi menteri besar dan saya ada aturan urusan mesyuarat yang saya perlu ikut. Saya tidak boleh secara tiba-tiba memberi ruang kepada seorang Adun Bebas untuk datang (ke Dewan) memberi penjelasan. Peluang mendapatkan penjelasan yang lebih sudah tiada.

“Kita ada ruang dan aturan yang kita perlu jelaskan. Saya jelaskan kepada media yang isu dibangkitkan Pelabuhan Klang semasa perbahasan dasar.

“Beliau mempertikaikan tawaran kepada SPLASH dan perkara itu dijawab kerajaan dalam sesi penggulungan malah menteri besar sudah menjawabnya tetapi Pelabuhan Klang tidak hadir dalam Dewan,” katanya.



Comments
Loading...