Dakwaan terima RM90 juta dari PM: PAS nak saman Sarawak Report di England


Abdul Hadi Awang

(Agenda Daily) – Mesyuarat Jawatankuasa Puasat PAS telah memutuskan untuk saman Sarawak Report atas dakwaan nya konon pemimpin PAS terima RM90 juta dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Presiden PAS Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dalam sidang akhbar di ibupejabat PAS di Kuala Lumpur Sabtu kata saman itu akan dikemukakan dalam masa sebulan ini di England.

Ini, katanya, kerana Sarawak Report berpusat di sana.

Perbuatan Sarawak Report menyebarkan dakwaan itu telah mencetuskan kemarahan kalangan pimpinan PAS.

Mereka mendakwa Sarawak Report sengaja ingin mencemar nama baik parti itu dan hilangkan kepercayaan orang padanya.

Sarawak Report yang berpengkalan di London dikendalikan oleh Claire Rewcasatle-Brown.

Laman itu kebelakangan ini galak menghentam Perdana Menteri dan membuat beberapa dakwaan berkaitan IMDB.



Comments
Loading...