Orang Kanan Guan Eng Dituduh Gelapkan Wang Syarikat Di Taipei


Phua_Khien_Seng

(Malaysian Digest) – Orang kanan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang membantu dalam kempen parti berkenaan didalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu dihadapkan ke mahakamah Taipei diatas dakwaan menggelapkan wang syarikat.

Media Taiwan melaporkan, Datuk Pua Khein Seng yang merupakan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Phison Electronics Corp menafikan tuduhan oleh mahkamah negara berkenaan.

Beliau walaubagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin NT$20 juta atau RM2.5 juta dan dilarang meninggalkan negara tersebut sehingga kes selesai.

Syarikatnya sebelum ini diserbu pihak berkuasa Taiwan selepas mendapat aduan berlaku penyelewengan dan tuntutan tidak berasas selama bertahun-tahun.

Khein Seng yang digelar ‘bapa pen drive’ dalam kenyataannya kemudian menjelaskan beliau dan rakan kongsi syarikat tidak menggelapkan dana dari syarikat berkenaan.

Blogger, Lim Siam See dalam pada itu mendakwa Khein Peng merupakan salah seorang anggota penggerak media sosial DAP digelar Red Bean Army (RBA) tetapi dinafikan ahli perniagaan tersebut.

“Rakyat Malaysia di Taiwan ini membantu DAP dalam kempen berdepan PRU13 (seperti dilihat dalam gambar). Suatu masa dahulu, beliau dilaporkan merupakan penderma kepada pergerakan RBA tetapi Phua Khein Seng mengeluarkan kenyataan menafikannya.

“Tetapi kini beliau berdepan masalah. Dilaporkan bahawa kerajaan Taiwan menyerbu syarikatnya diatas dakwaan penyelewengan dan bayaran tuntutan tidak munasabah selama bertahun-tahun,” katanya.



Comments
Loading...