Azmin Ali umum solidariti bersama Lim Guan Eng


81463727691_AzminAli

(Astro Awani) – Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan solidariti bersama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng, setelah beliau ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu.

Menerusi satu kenyataan, Azmin Ali turut menegaskan keyakinan sepenuhnya dengan kepimpinan dan pentadbiran Lim di Pulau Pinang.

“Saya menyatakan kepada Lim bahawa saya teguh di belakangnya pada masa yang sangat genting ini.

“Beliau kini dianiaya penguasa yang bersungguh-sungguh mahu memperlekeh dirinya dan pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang,” katanya.

Tambahnya, walaupun penahanan dengan kehadiran peguam, tindakan demikian sekali lagi menimbulkan keraguan  terhadap keadilan dalam proses siasatan serta objektiviti Peguam Negara.

“Kita perlu sedar bahawa tindakan Kerajaan pada petang ini tidak lain dan tidak bukan adalah sebahagian daripada konspirasi berterusan dan bersungguh-sungguh untuk memburuk-burukkan Lim dan ahli politik pembangkang Persekutuan yang lain,” katanya.

Lim sebelum ini disiasat SPRM berhubung pembelian sebuah banglo di Jalan Pinhorn di sini dengan harga RM2.8 juta daripada Phang Li Koon dan dikatakan di bawah harga pasaran.

Mei lepas, Lim dan isterinya Betty Chew memberi keterangan di pejabat SPRM berhubung siasatan pembelian banglo itu dan penjualan tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin, di sini, bagi membina rumah mampu milik kepada sebuah syarikat swasta.



Comments
Loading...