Tun M bantu PH tumbangkan BN di PRK berkembar


azmin-mahathir

Dr Mahathir akan berkempen pada acara Pakatan Harapan tetapi atas platform Deklarasi Rakyat.

(FMT) – Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka turun berkempen untuk Pakatan Harapan (PH) di PRK Sungai Besar.

Bekas pemimpin UMNO Datuk Khairuddin Abu Hassan berkata Mahathir sudah pasti akan turun kerana tidak mahu BN menang.

“Tun M sudah pasti akan turun berkempen di Sungai besar dan Kuala Kangsar kerana pendirian Dr Mahathir adalah tidak mahu BN menang.

“Secara tidak langsung Dr Mahathir akan turun atas dasar Deklarasi Rakyat. Dia akan berkempen di acara Pakatan Harapan tetapi atas platform Deklarasi Rakyat,” katanya ketika ditemui pada majlis penamaan calon PRK Sungai Besar, hari ini.

Katanya, pihak pengurusan Deklarasi Rakyat kini dalam usaha mengatur perjalanan program buat Mahathir.

“Kita tengah susun jadual Dr Mahathir,” katanya.

Sebelum ini, Pegawai Pengurusan Pilihan Raya Mohd Khairuddin Md Som mengumumkan pertandingan tiga penjuru di PRK Sungai Besar.

Tiga calon yang akan bertanding adalah Budiman Mohd Zohdi daripada BN, Azhar Abdul Shukur (AMANAH) dan Dr Abdul Rani Osman (PAS).

Jadual mengundi bagi pengundi awal pada 14 Jun manakala proses pengundian biasa akan dijalankan pada 18 Jun.



Comments
Loading...