Kisah surat Anwar… bimbang ‘leftenannya’ bertuankan Mahathir


azmin-mahathir

(Agenda Daily) – Datuk Seri Anwar Ibrahim bimbang dengan ‘leftenan-leftenan’ beliau kini bertuankan Tun Mahathir Mohamad dan melaksanakan agenda Mahathir melebihi daripada agenda Anwar dan diluahkan dalam satu surat lapan muka surat kepada pemimpin kanan PKR baru-baru ini.

‘Khutbah’ Anwar itu dibacakan dalam mesyuarat biro politik parti itu baru-baru ini menjadi buah mulut dikalangan pemimpin Pakatan Harapan.

Laman facebook AMK P.Pinang’ turut memuatnaik ‘jus’ surat tersebut yang merupakan peringatan Anwar yang kecewa dengan penglibatan “berlebihan” sesetengah pemimpin PKR dalam Delkarasi Rakyat anjuran Tun Mahathir Mohamad dan kumpulannya.

“Ketua Umum Dato Seri Anwar Ibrahim mengutus surat panjang lebar yang dibacakan di Biro Politik malam ini menyatakan kekesalan beliau mengenai keterlibatan melampau parti dan pimpinan di dalam Deklarasi Rakyat, berpesan supaya pimpinan waspada dgn muslihat Mahathir-Daim.” tulis AMK P.Pinang.

Surat tersebut secara tidak langsung ditujukan kepada Menteri besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali yang kini merupakan penyokong kuat Tun Mahathir.

“Kita mesti berenang bersama jerung dan tidak dimakannya..” hujah seorang pemimpin PKR yang mempertahankan tindakan Azmin berbaik-baik dengan Mahathir sehingga mengecewakan Anwar.

Anwar turut memetik ayat dari drama Hamlet karangan Shakespeare… ‘‘beware the serpent that stings now wears the crown’ atau ‘berhati-hati ular yang menyengat kini memakai mahkota,”

Menarik untuk diulas… petikan drama itu asalnya dialog yang didengar Hamlet dari hantu ayahnya yang secara keseluruhan berbunyi Now, Hamlet, hear. ‘Tis given out that, sleeping in my orchard, A serpent stung me. So the whole ear of Denmark Is by a forgèd process of my death Rankly abused. But know, thou noble youth, The serpent that did sting thy father’s life Now wears his crown.

Terjemahan bebasnya adalah “Dengarlah, Hamlet. Semua orang diberitahu bahawa ular beracun itu mematuk aku yang sedang tidur di kebun. Tapi sebenarnya, itu adalah satu pembohongan yang membodohkan rakyat Denmark. Engkau perlu tahu, anakku yang mulia, ular sebenar yang menyengat ayahmu kini memakai mahkotanya.”

Jika difahami quote tersebut, jelas Anwar menunjukkan kebimbangan beliau kerana orang-orangnya kini bertuankan Mahathir yang pada satu ketika merupakan musuh politik utama beliau.

Deklarasi Rakyat yang merupakan agenda kumpulan Mahathir menggesa peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tanpa menamakan siapa pengganti Najib.

Anwar pada mulanya menyatakan sokongan untuk usaha untuk mendesak Najib meletak jawatan bagaimanapun kemudiannya menggubah sikap.

Anwar berkata Deklarasi Rakyat gagal untuk menangani isu pembaharuan institusi untuk mendesak perubahan dalam kepimpinan dan masa depan negara perlu ditentukan oleh rakyatnya, bukan yang “kelompok elit.”

Anwar



Comments
Loading...