Dr M’s son sues PM’s aide over ‘power-crazy’ allusions


Mukhriz-Mahathir

(MMO) – Tun Dr Mahathir Mohamad’s son today sued the prime minister’s press secretary for defamation over alleged insinuations that he is power-crazy and wants to be the next prime minister.

Former Kedah Mentri Besar Datuk Seri Muhkriz Mahathir, son of former prime minister Dr Mahathir, also wants the court to order Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad, press secretary to Datuk Seri Najib Razak, to retract four press statements that he said contains false allegations.

“Due to the publication of the defamatory statements by the defendant, the plaintiff’s reputation has been injured and the plaintiff has been exposed to scandal and public scorn,” Mukhriz said in the statement of claim filed at the Kuala Lumpur High Court today.

Muhkriz said in the statement of claim that Tengku Sarifuddin’s remarks had carried innuendoes suggesting that he was directly involved in an alleged plot by Dr Mahathir and former deputy prime minister Tan Sri Muhyiddin Yassin to topple the legitimately elected government.

Mukhriz also claimed that the allegations had falsely implied that he was plotting with the two political veterans to topple Najib in order to eventually take over as prime minister.

Among other things, Mukhriz claimed that Tengku Sarifuddin’s statements falsely implied that he was a “power-crazy” politician who practised dirty politics and who followed his father Dr Mahathir’s directives.

The alleged defamatory statements also implied that he was willing to do anything to achieve his political ambitions of becoming the prime minister, including through fraud and actions contrary to a democratic system, Mukhriz said.

Among other things, the Ayer Hitam assemblyman from Umno sought for general damages over his injured reputation, exemplary damages, as well as an order for Tengku Sarifuddin to issue a press statement within 14 days to retract the contents in his previous press statements.

Mukhriz also wants the court to block Tengku Sarifuddin from continuing to issue the four allegedly defamatory press statements dated April 15, April 20, April 23 and April 26, and other similar content.

******************************************************

KENYATAAN AKHBAR DATO’ SERI HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR

1.  Pada hari ini, Selasa 3 Mei, 2016, saya telah menyaman dan membuat tuntutan gantirugi terhadap Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri atas beberapa kenyataannya yang bersifat fitnah terhadap Tun Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan saya.

2.  Melalui empat kenyataan, Tengku Sariffuddin telah memberi gambaran seolah-olah saya adalah seorang yang gila kuasa, hanya mempunyai motif untuk menjadi Perdana Menteri tanpa sebarang pertimbangan terhadap kepentingan Rakyat, sanggup bersubahat dengan Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin semata-mata untuk menjatuhkan Kerajaan dan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak daripada jawatan Perdana Menteri supaya saya sendiri boleh mengambilalih jawatan tersebut, dan bahawa setiap tindakan politik saya termasuk dalam menawarkan diri bertanding dalam pemilihan UMNO adalah juga untuk tujuan menjadi Presiden UMNO yang dikatakan menjamin jawatan Perdana Menteri.

3.  Saya dengan sekeras-kerasnya menyangkal dakwaan tidak berasas dan fitnah Tengku Sariffuddin tersebut. Tidak pernah berlaku sebarang konspirasi antara mana-mana pihak dengan saya untuk menjatuhkan Dato’ Seri Najib untuk tujuan menaikkan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dengan syarat Tan Sri membimbing saya untuk mengganti beliau di jawatan tersebut kemudian.

4.  Tuduhan liar Tengku Sariffuddin bahawa inilah niat sebenar Tun Mahathir juga tidak masuk akal kerana jika ianya benar, tentu sekali Tun Mahathir boleh terus melantik saya atau membantu dalam karier politik saya sewaktu beliau masih Presiden UMNO dan Perdana Menteri selama 22 tahun. Tidak munasabah beliau hanya mempunyai niat tersebut setelah bersara dari jawatan tertinggi parti dan negara selama 13 tahun.

5.  Juga tidak berasas tuduhan Tengku Sariffuddin bahawa saya bertanding jawatan Naib Presiden semata-mata untuk merealisasikan cita-cita saya yang satu, iaitu untuk menjadi Presiden dan Perdana Menteri. Umum mudah memahami bahawa terdapat tiga jawatan Naib Presiden UMNO dan proses untuk naik sebagai Timbalan Presiden dan Presiden perlu melalui pemilihan parti terdahulu, sekaligus menidakkan dakwaan bahawa kenaikan dari jawatan Naib Presiden kepada Presiden itu suatu proses yang mudah dan automatik.

6.  Juga, dakwaan Tengku Sariffuddin bahawa jawatan Presiden UMNO menjamin jawatan Perdana Menteri menunjukkan betapa ceteknya pemahaman beliau mengenai Perlembagaan Persekutuan. Hanya Ahli Parlimen yang menikmati sokongan terbanyak dalam Dewan Rakyat yang boleh diangkat sebagai Perdana Menteri. Tiada jaminan bahawa jawatan itu bersifat eksklusif kepada Presiden UMNO sahaja walaupun sehingga kini memang keenam-enam Perdana Menteri adalah juga Presiden UMNO. Jangan pula didakwa oleh beliau bahawa saya tidak ingin melihat seseorang Presiden UMNO terus menyandang jawatan Perdana Menteri.

7. Jelas sekali, semua tuduhan-tuduhan dan kenyataan-kenyataan fitnah yang dilemparkan oleh pegawai-pegawai dan konco-konco Dato’ Seri Najib adalah tidak lain tidak bukan bertujuan untuk mengaburi mata dan mengalih perhatian Rakyat dari penyelewengan yang melibatkan Dato’ Seri Najib melalui skandal 1MDB dan SRC International, dan kemasukan berbilion ringgit ke dalam akaun peribadinya.

8.  Rakyat tidak akan terperdaya dengan taktik kotor ini. Kenyataan-kenyataan jahat yang dibuat oleh orang suruhan Dato’ Seri Najib terhadap pihak-pihak lain termasuk saya tidak akan melepaskan beliau dari bertanggungjawab terhadap segala kesalahan yang telah dilakukannya.

9.  Melalui Deklarasi Rakyat, Rakyat mulai bersuara untuk menyelamatkan negara dari penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan berskala besar yang dilakukan oleh Dato Seri Najib. Saya bersama Rakyat dalam menuntut agar beliau undur segera daripada jawatan Perdana Menteri.

 



Comments
Loading...