PKR Selangor memberontak, dakwa Azmin tak adil


azmin ali

Azmin didakwa membelakangkan keputusan parti dan tidak mematuhi Pekeliling dalam pemilihan ahli majlis pihak berkuasa tempatan.

(Free Malaysia Today) – Sekumpulan pimpinan cabang PKR Selangor mendakwa Menteri Besar dan Pengerusi PKR negeri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengamalkan sikap pilih kasih dan utamakan kroni dalam pemilihan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT).

Bergabung dengan ahli PKR yang lantang, Badrul Hisham Shaharin, kumpulan itu mendakwa Azmin membelakangkan cadangan ahli majlis daripada cabang tertentu di Selangor dan garis panduan oleh Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang dikeluarkan pada 2013.

Setiausaha PKR cabang Kelana Jaya Murali Subramaniam menyatakan, Fasal 4 Pekeliling tersebut menyatakan bahawa ahli majlis mestilah bermastautin di kawasan mereka berkhidmat sekurang-kurangnya lima tahun.

Garis panduan PKR turut menyatakan cabang sepatutnya memberikan calon mereka kepada pimpinan negeri sebelum disahkan oleh pimpinan pusat, namun ia tidak berlaku, katanya.

“Apa yang berlaku di Selangor, tak ikut apa yang diputuskan dalam mesyuarat cabang. Selepas mesyuarat kami beri cadangan kepada Menteri Besar malangnya beliau tidak ambil nama yang kami berikan.

“Mereka letak nama sendiri untuk kami luluskan, ketua cabang kami bantah dan tak nak luluskan, nama lain dilantik.

“Kami tak puas hati apa yang dibuat oleh Azmin. Tak tahu kenapa cakap tak serupa bikin,” katanya dalam sidang media hari ini.

Murali mendedahkan seorang ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dilantik walaupun beliau tidak dicadangkan oleh Cabang Kelana Jaya dan bermastautin di SS 2, Petaling Jaya.

Badrul Hisham pula menyatakan Azmin tidak menghormati PKR dan cabang parti itu walaupun Perlembagaan parti menyatakan cabang mempunyai hak bersuara untuk memilih calon termasuk calon pilihanraya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...