Bersatu skrip lapuk ‘kartel’ Mahathir – Chegubard


Chegubard-mahathir

Keluarlah daripada UMNO dan bersama rakyat jika benar mahu bersatu, kata aktivis itu

(Free Malaysia Today) – Hanya orang bodoh akan termakan seruan ‘panglima’ propaganda ‘kartel’ Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin (Chegubard)

Ahli PKR itu berkata demikian merujuk kepada tokoh wartawan, A Kadir Jasin, yang menyeru semua pihak bersatu menyelamatkan Malaysia daripada pentadbiran Putrajaya yang didakwa merosakkan, dalam satu wawancara bersama FMT.

“Dengarnya memang enak dan sedap maka saya tidak hairan bagi aktivis atau pemimpin politik yang berfikir singkat akan menyambut ia sebagai seruan bertanggungjawab.

“Namun bagi saya ia tidak lebih dari pengulangan skrip lapuk ketika operasi menjatuhkan (Tun) Abdullah Badawi,” katanya, dalam satu kenyataan yang diterima FMT.

Mengimbau kembali peristiwa pasca kejatuhan Abdullah sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Chegubard mendakwa seruan perpaduan pada ketika itu rupanya untuk “menyelamatkan Mahathir dan kuncunya semata-mata”.

“Adakah Mahathir meneruskan usaha mendakwa Abdullah bagi mengembalikan wang negara yang ketika itu dituduh dibawa lari?” soal Chegubard.

“Apa khabar saham berkepentingan negara yang dikatakan dilarikan Khairy (Jamaluddin) ke Singapura ketika itu?”

Bukan sahaja tuduhan terhadap Abdullah dan Khairy akhirnya tidak membawa kepada pendakwaan, Chegubard menambah Mahathir kemudiannya melaraskan serangan terhadap pembangkang.

Baginya, jika Mahathir benar-benar pentingkan kepimpinan yang bersih dan berwibawa, beliau tidak akan menamakan Abdullah atau Najib sebagai penggantinya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...