Is Rafizi insinuating that the Chinese bribed Najib? (UPDATED with BM Translation)


mt2014-no-holds-barred

So stop pretending as if there is a conspiracy afoot and that everything in Malaysia is tied to 1MDB. When jobs go to Bumiputera companies they scream about cronyism and how the Chinese are being oppressed and discriminated. But when they go to Chinese companies they scream about ‘secret deals’.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

After 1MDB deal, Rafizi says Chinese firms to win KL-Singapore fast train project

(The Malaysian Insider) – PKR secretary-general Rafizi Ramli today predicted that the RM47 billion high speed rail project between Kuala Lumpur and Singapore would be awarded to companies linked with the government of China.

The Pandan MP said he felt the government under Prime Minister Najib Razak was bound to favour the China-owned companies following their deals with 1Malaysia Development Bhd (1MDB). (READ MORE HERE)

Rafizi Ramli is insinuating that China is being ‘rewarded’ for helping to ‘bail out’ 1MDB.

“If my guess is correct, Malaysia would soon be entering a complicated era as the stakes held by the China-owned firms are bound to complicate matters that Malaysia share a mutual interest with China, such as the nation’s stand on the Spratly islands.”

“Therefore I invite Malaysians to appreciate how lately Najib’s administration had a tendency to sell or award bids to companies linked to the China government,” said Rafizi.

Rafizi is trying to give an impression that he is ‘exposing’ a ‘secret’ that no one in Malaysia knows about yet. Has it not occurred to Rafizi that China won the contract because they were qualified and competitive? China is building high-speed railways in more than ten countries, Europe included. So China is conquering the high-speed railway market.

In November, China and Laos signed a US$6.3 billion agreement for the construction of a 418km railway in Laos and China will contribute 70% of the funds. In October, a consortium of several Chinese state-owned companies signed a US$6 billion deal to build and operate a railroad between Jakarta and Bandung in Indonesia.

Furthermore, this is not the first and only Chinese presence in Malaysia. You can read some of the news regarding Chinese companies doing business and winning contracts in Malaysia — and below is but just some of them.

So stop pretending as if there is a conspiracy afoot and that everything in Malaysia is tied to 1MDB. When jobs go to Bumiputera companies they scream about cronyism and how the Chinese are being oppressed and discriminated. But when they go to Chinese companies they scream about ‘secret deals’.

What a fooking bunch of losers. Only when jobs go to ‘Friends of Pakatan’ will they be happy even if the price is far higher.

China builds the first “railway factory” in Malaysia

(People’s Daily Online) – Taking the train from Kuala Lumpur to the north of Malaysia, after less than two hours and a half, you will reach the town of Batu Gajah, where there’s China’s first overseas manufacturing base of railway equipment.

China CSR Malaysia Rail Transit Equipment Company (also known as “ASEAN Manufacturing Center”) was officially put into operation on July 9. Malaysia thus became the first country in ASEAN that has the capability to manufacture rail transportation equipment. (READ MORE HERE)

Longest bridge in Southeast Asia opens today in Penang

(Malay Mail Online) – The project was announced by Malaysia’s then fifth prime minister Tun Abdullah Ahmad Badawi, himself a Penangite, three years after he took over from his predecessor.

Beijing-based China Harbour Engineering Co Ltd (CHEC) won the main contract for the first package, which included the bridge and foundation works.

The second major package which included structures for the approaches to the bridge was constructed by UEM Builders Sdn Bhd, a subsidiary of local conglomerate UEM Group. (READ MORE HERE)

China firm wins RM2.3bil Penang reclamation contract

(The Star) – Eastern & Oriental Bhd (E&O) has awarded a contract to China Communications Construction Company (M) Sdn Bhd (CCCC Malaysia) to undertake the land reclamation works for Seri Tanjung Pinang Phase 2 (STP2) in Penang.

In a filing with Bursa Malaysia, E&O said its subsidiary Tanjung Pinang Development Sdn Bhd had issued a letter of award (LOA) to CCCC Malaysia, a wholly owned Malaysian subsidiary of China Communications Construction Company Ltd (CCCC), to undertake the works. (READ MORE HERE)

Chinese firm wins $2.6 billion road, tunnel job in Malaysia

(Reuters) – Chinese firm Beijing Urban Construction Group (BUCG) has won the bidding for road and tunnel projects worth 8 billion ringgit ($2.6 billion) in Malaysia’s Penang state, officials said on Friday.

BUCG, one of China’s largest construction firms and the builder of the iconic Bird’s Nest stadium used for the 2008 Olympic Games, has partnered with Malaysia’s Consortium Zenith Sdn Bhd to build three highways in Penang and an underground tunnel linking the island to the peninsula. (READ MORE HERE)

————————————————

Adakah Rafizi membayangkan bahawa China merasuah Najib?

Jadi, janganlah asyik kata ada konspirasi dan seolah segala perkara di Malaysia ada kaitan dengan IMDB. Apabila syarikat Bumiputera dapat kontrak, mereka tuduh ia kronisme dan bukti bahawa orang Cina ditindas dan didiskriminasi. Tapi bila syarikat Cina pula yang dapat kontrak, mereka tuduh ia melibatkan ‘urusniaga rahsia’.

No Holds Barred

Raja Petra Kamarudin

Selepas urusniaga 1MDB, Rafizi berkata syarikat China akan peroleh projek kereta api laju KL-Singapura

The Malaysian Insider) – Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli hari ini meramalkan bahawa projek rel berkelajuan tinggi antara Kuala Lumpur dan Singapura yang bernilai RM47 bilion akan diberikan kepada syarikat-syarikat berkaitan kerajaan China.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata beliau merasakan kerajaan di bawah Perdana Menteri Najib Razak telah terikat untuk memihak kepada syarikat-syarikat milik China berikutan perjanjian mereka dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB). (BACAAN SELANJUTNYA DI SINI)

Rafizi Ramli membayangkan China diberi ‘ganjaran’ kerana menolong ‘menyelamatkan’ 1MDB.
Jika tekaan saya betul, Malaysia akan memasuki era baru yang lebih sulit apabila banyak kepentingan negara berhubung kait dengan pemilikan oleh syarikat-syarikat kerajaan China yang sudah tentu merumitkan pendirian negara dalam isu-isu serantau seperti tuntutan bertindih ke atas Kepulauan Spratly.”

Oleh itu, saya mengajak rakyat Malaysia untuk menyedari betapa sejak kebelakangan ini, kerajaan Najib cenderung menjual atau menganugerahkan bidaan kepada syarikat-syarikat berkaitan kerajaan China,” kata Rafizi.

Sebenarnya, ini telah pun diumumkan lebih awal lagi oleh SinoCast apabila ia berkata, “Konsortium yang dibentuk China Railway Engineering Corporation (CREC), China Railway Construction Corporation (CRCC) dan China Communications Construction Company Limited (CCCC) berkemungkinan memperoleh projek keretapi bernilai CNY13.8 billion atau RM9.3 billion, iaitu setelah mendapat surat hasrat. ”

Rafizi memberi gambaran bahawa beliau ‘membongkar rahsia’ yang orang Malaysia tak tahu. Dia mengangkat dirinya sebagai tukang adu, sedangkan perkara tu dah pun dilaporkan di peringkat antarabangsa.

Si Rafizi tu tak terfikir ke bahawa mungkin China mendapat kontrak tu kerana mereka layak dan berdaya saing? Hakikatnya, China sedang membina rel keretapi berkelajuan tinggi di lebih daripada sepuluh negara, termasuk di Eropah. Jadi, China memang mendominasi pasaran kereta api berkelajuan tinggi.

Pada November, China dan Laos memeterai perjanjian bernilai USD6.3 bilion bagi membina rel keretapi sepanjang 418km di Laos dan China menyumbang 70% daripada dana yang diperlukan. Pada Oktober, sebuah konsortium syarikat milik China menandatangani perjanjian bernilai USD6 bilion untuk membina dan mengendalikan khidmat keretapi antara Jakarta dan Bandung, Indonesia.

Tambahan pula, ini bukan kali pertama dan bukanlah syarikat China tunggal yang bertapak di Malaysia. Anda boleh baca beberapa berita mengenai syarikat-syarikat China yang menjalankan perniagaan dan memperoleh kontrak di Malaysia – di bawah hanyalah sebahagian daripadanya.

Jadi, janganlah asyik kata ada konspirasi dan seolah segala perkara di Malaysia ada kaitan dengan IMDB. Apabila syarikat Bumiputera dapat kontrak, mereka tuduh ia kronisme dan bukti bahawa orang Cina ditindas dan didiskriminasi. Tapi bila syarikat Cina pula yang dapat kontrak, mereka tuduh ia melibatkan ‘urusniaga rahsia’.

Hampeh betul. Agaknya hanya apabila ‘Puak-puak Pakatan’ dapat kontrak, barulah mereka puas hati, kalaupun harganya jauh lebih mahal.

China membina “kilang keretapi”pertama di Malaysia

(People’s Daily Online) – Menaiki keretapi dari Kuala Lumpur ke utara Malaysia, selepas kurang daripada dua jam setengah, anda akan sampai di pekan Batu Gajah, dan di situlah letaknya kilang keretapi luar China yang pertama.

China CSR Malaysia Rail Transit Equipment Company (juga dikenali sebagai ” ASEAN Manufacturing Center “) telah beroperasi secara rasmi pada 9 Julai. Malaysia menjadi negara pertama di Asean yang mempunyai keupayaan mengeluarkan peralatan pengangkutan keretapi. (BACAAN SELANJUTNYA DI SINI)

Jambatan terpanjang di Asia Tenggara dibuka hari ini di Pulau Pinang

(Malay Mail Online) – Projek ini diumumkan Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang juga anak jati Pulau Pinang, tiga tahun selepas beliau menjadi Perdana Menteri.

China Harbour Engineering Co Ltd (CHEC) yang berpangkalan di Beijing memperoleh kontrak utama untuk pakej pertama, termasuk untuk jambatan dan kerja-kerja asas.

Pakej kedua, yang melibatkan struktur bagi pendekatan ke jambatan itu dibina oleh UEM Builders Sdn Bhd, anak syarikat konglomerat tempatan, UEM Group. (BACAAN SELANJUTNYA DI SINI)

Firma China peroleh kontrak penambakan bernilai RM2.3 bilion di Pulau Pinang

(The Star) – Eastern & Oriental Bhd (E&O) menganugerahkan kontrak kepada China Communications Construction Company (M) Sdn Bhd (CCCC Malaysia) bagi menjalankan kerja penambakan tanah untuk Seri Tanjung Pinang Fasa 2 (STP2) di Pulau Pinang.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, E&O berkata anak syarikatnya, Tanjung Pinang Development Sdn Bhd telah mengeluarkan surat anugerah (LOA) kepada CCCC Malaysia, anak syarikat CCCC milik penuh Malaysia bagi menjalankannya. (BACAAN SELANJUTNYA DI SINI)

Firma China peroleh kontrak pembinaan jalan, terowong di Malaysia bernilai USD2.6 bilion

(Reuters) – Firma China, Beijing Urban Construction Group (BUCG) memperoleh kontrak pembinaan jalan dan terowong bernilai RM8 bilion (USD2.6 bilion) di Pulau Pinang, menurut para pegawai berkaitan pada Jumaat.

BUCG, salah satu syarikat pembinaan terbesar China dan merupakan syarikat yang membina stadium ikonik Sarang Burung yang digunakan semasa Sukan Olimpik 2008, menjalin usahasama dengan syarikat Malaysia, Consortium Zenith Sdn Bhd untuk membina tiga lebuh raya di Pulau Pinang dan terowong bawah tanah yang menghubungkan pulau itu ke tanah besar. (BACAAN SELANJUTNYA DI SINI)

 



Comments
Loading...