Isu 1MDB: Pas sokong gesaan Raja-Raja Melayu


Tuan-Ibrahim-Tuan-Man

Pas menyarankan agar pasukan siasatan khas 1MDB dihidupkan semula untuk menjalankan tugas tanpa rasa takut dan pilih kasih

(Free Malaysia Today) – Pas menyokong penuh saranan Raja-Raja Melayu yang mendesak supaya siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diselesaikan dengan cepat.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dengan desakan yang dibuat itu, kerajaan seharusnya tidak melengah-lengahkan usaha untuk menghidupkan semula pasukan siasatan khas 1MDB.

Katanya, pasukan itu perlu terdiri daripada Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan membenarkan mereka menjalankan siasatan tanpa rasa takut atau pilih kasih.

“Pas mengharapkan pasukan siasatan ini akan melibatkan Tan Sri Abdul Gani Patail meskipun beliau telah bersara dan juga Ketua Audit Negara yang telah menyerahkan laporan audit 1MDB kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

“Tan Sri Dr Zeti pula diberi kuasa penuh mendedahkan hasil siasatan dari semasa ke semasa seperti ketika pasukan siasatan aktif sebelum dibenamkan,” katanya menerusi kenyataan.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...