Azmin Ali malu dan jijik dengan Himpunan Rakyat Bersatu


azmin ali

Rakyat negara ini seharusnya menyambut Hari Malaysia dengan penuh kegembiraan bagi meraikan perpaduan pelbagai kaum yang telah terbina.

(Free Malaysia Today) – Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali malu dan jijik dengan Himpunan Baju Merah yang melaungkan sorakan berbaur perkauman dan meluahkan tidak puas hati terhadap bangsa lain.

Katanya, sepatutnya sambutan Hari Malaysia disambut dengan penuh kegembiraan bagi meraikan perpaduan masyarakat majmuk yang telah lama terbina.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan adakah Himpunan Rakyat Bersatu itu sebagai suatu langkah terbaik untuk mengembalikan maruah Melayu.

“Adakah ini idea terbaik UMNO untuk menunjukkan sokongan terhadap Perdana Menteri dengan menggunakan sentimen anti-Cina dan anti-DAP serta bertindak melakukan provokasi seperti berarak di Plaza Low Yat dan Petaling Street,” katanya dalam kenyataan media.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...