PAS cabar DAP… Kalau nak tunjuk kuat, bubur DUN P Pinang


PAS-DAP

(Agenda Daily) – Tak payah cakap banyak… kalau DAP hendak tunjuk mereka kuat, cuba bubar DUN Pulau Pinang dan buktikan mereka boleh menang tanpa sokongan ahli PAS.

Itu cabaran PAS Kuala Terengganu yang menegaskan DAP tidak akan mampu membentuk kerajaan sendiri jika tiada bantuan dan sokongan PAS.

Ketua Penerangannya, Ahmad Amzad Hashim berkata, “DAP jangan terlalu angkuh. Jika benar mahu tahu kekuatan sebenar DAP tanpa sokongan PAS, cuba lah bubarkan DUN Pulau Pinang sekarang.

“Bubarkan DUN Pulau Pinang sekarang! dan tengok jawatan mana yang DAP boleh pegang dalam kerajaan yg baru nanti.

“Masih boleh angkuh? Masih boleh sombong? Masih boleh tamak?,” tulisnya di Facebook rasmi Dewan Ulama PAS Pusat.

Ahmad Amzad juga menasihatkan ahli PAS di Pulau Pinang yang memegang pelbagai jawatan di bawah kerajaan negeri supaya tidak meletak jawatan.

Katanya, jawatan itu hasil kerja keras mereka bukan kerana simpati DAP.

“Untuk masa ini, ahli ahli PAS yang pegang jawatan, teruslah pertahankan jawatan masing masing. Patuhi arahan pimpinan dan jangan memandai-mandai.

“Kita bukan mendapat jawatan atas belas kasihan DAP. Kita pegang jawatan kerana kita yg bantu naikkan mereka,” katanya.

Ahmad Amzad juga membangkitkan persoalan adakah keputusan DAP memutuskan kerja sama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipersetujui akar umbi parti itu.

“Adakah DAP meluluskan melalui mesyuarat agong mereka untuk keputusan besar memutuskan hubungan dengan PAS? Usul dari bahagiankah? Usul dari sayapkah? Usul dari siapa? Dari mana?

“Apakah DAP tidak perlu meminta pandangan akar umbi untuk tujuan ini? Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Ong Ka Ming punya kuasa sesuka hatikah tak perlu bermesyuarat melibatkan akar umbi DAP?

“Di mana hak bersuara ahli DAP dari Kelantan atau Terengganu? Adakah itu kemahuan akar umbi DAP?, soalnya.

Katanya, berbanding DAP, PAS masih belum membuat keputusan memutuskan hubungan dengan DAP walaupun usul itu telah diterima pada muktamad baru-baru ini.

Katanya, terdapat seksyen tertentu dalam Perlembagaan parti yg menentukan hanya Majlis Syura Ulama mempunyai kuasa dalam soal hubungan melibatkan organisasi luar.

Dua pemimpin yang rapat dengan DAP di Pulau Pinang, Mohamad Sabu dan Mujahid Yusof masing-masing melepaskan jawatan lantikan mereka ‘kononnya’ bagi mematuhi ketetapan Dewan Ulama PAS yang memutuskan hubungan dengan DAP.

 



Comments
Loading...