Pemimpin DAP kutuk Presiden PAS


Ronnie-Liu

Ronnie Liu mendakwa Himpunan HINDAR yang tidak membawa sebarang makna itu digunakan untuk menghentam Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan pemimpin liberal PAS yang lain.

(Free Malaysia Today) – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikutuk secara terbuka oleh pemimpin DAP ekoran Himpunan HINDAR bagi membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kurang mendapat sambutan.

Bekas EXCO Selangor, Ronnie Liu di laman sosial Facebook memuatkan status ‘padan muka Haji Hadi’, “padan muka UG (Kerajaan Perpaduan) yang merujuk kepada Himpunan HINDAR di Padang Merbok pada Sabtu yang tidak mencapai sasaran.

Dia memuatkan status dan beberapa keping gambar sekitar Himpunan HINDAR pada 11 April, kira-kira jam 11.30 malam.

Ronnie Liu mendakwa Himpunan HINDAR yang tidak membawa sebarang makna itu telah digunakan untuk menghentam Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan pemimpin liberal PAS yang lain.

“Digunakan hentam Mat Sabu dan pejuang PAS yang liberal,” tulis bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran itu.

Ronnie Liu pernah menjadi EXCO Kerajaan Tempatan dan Penyelidikan Negeri Selangor selama sepenggal dan pada PRU-13, namanya telah digugurkan dalam senarai calon.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...