Gaji Ahli Parlimen naik 40%


parliment-duit

Kenaikkan gaji diluluskan sebulan suara selepas mendapat sokongan padu Ahli Parlimen dari kerajaan dan pembangkang.

(Free Malaysia Today) – Gaji dan elaun untuk semua Ahli Parlimen dinaikkan kepada RM16,000 sebulan iaitu peningkatan yang mencecah 40 peratus.

Kenaikkan itu akan memberi tambahan kepada belanjawan negara sebanyak RM17.2 juta setahun.

Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 itu telah dilulukan di Parlimen pada Khamis.

Ia dibentangkan untuk bacaan kali kedua oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan diluluskan selepas mendapat sokongan sebulat suara Ahli Parlimen dari kerajaan dan pembangkang.

Melalu kadar baru itu, elaun Ahli Parlimen menerima kenaikan sebanyak RM5,000 kepada RM16,000 sebulan berbanding RM11,000 sebelum ini.

Ketika ini, Ahli PArlimen menerima gaji pokok RM6,508.59 sebulan dan elaun bulanan RM5,000.

Mereka juga dibayar elaun mesyuarat RM200 sehari apabila menghadiri persidangan Dewan Rakyat dan elaun harian RM150 bagi menghadiri mesyuarat dengan agensi kerajaan.

Menerusi pindaan yang dibuat, Ahli Dewan Negara menerima kenaikkan sebanyak RM4,000 menjadikannya RM11,000 .

Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara pula menerima kenaikkan sebanyak RM11,000 kepada RM31,000 (RM20,000) manakala timbalan masing-masing menerima kenaikan RM4,000 kepada RM20,000 (RM16,000).

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...