Sultan perintah perjanjian air dimuktamadkan segera


Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah

Penstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak agar ia dapat dilaksanakan dengan sempurna bagi memenuhi keperluan pembangunan dan kehidupan rakyat

(Free Malaysia Today) – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berharap penstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor dapat dimuktamadkan segera berdasarkan semangat dan terma Perjanjian Utama yang telah ditandatangani pada 12 September 2014.

Sultan Sharafuddin turut yakin pendekatan bersemuka dan berbincang dapat menyelesaikan persoalan itu secara adil demi menjamin perkhidmatan air terawat yang lebih efisien dan mesra rakyat kepada seluruh warga Selangor.

“Beta juga mahu langkah-langkah persediaan diambil untuk memastikan bekalan air bersih mencukupi untuk memenuhi permintaan domestik dan industri.

“Air adalah satu keperluan yang sangat penting untuk keperluan rakyat,” titah baginda pada Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal ke-3 Dewan Negeri Selangor yang ke-13 tahun 2015 di sini hari ini.

Sultan Selangor turut menyeru supaya penstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak agar ia dapat dilaksanakan dengan sempurna bagi memenuhi keperluan pembangunan dan kehidupan rakyat.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...