Kenyataan Mustafa hanya spekulasi – Mohamad Sabu


matsabu-mustapha2xxx

Itu hanyalah satu perkara yang ditambah bagi membuatkan politik di Malaysia lebih “enak”

(Free Malaysia Today) – Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan kenyataan yang ditimbulkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bahawa DAP berhasrat untuk “menendang” PAS daripada gabungan Pakatan Rakyat hanyalah satu spekulasi.

Menurutnya, itu hanyalah satu perkara yang ditambah bagi membuatkan politik di Malaysia bertambah ‘enak’ lantas secara tidak langsung tidak bersetuju dengan kenyataan Mustafa itu.

“Itu hanyalah spekulasi yang tidak perlu dikomen. Ia hanya bagi menambahkan keenakkan politik dan melunakkan politik di Malaysia,” katanya merujuk kenyataan Mustafa kepada pemberita sewaktu sidang media di Ibu Pejabat PAS hari ini.

Sebelum ini, Mustafa telah mengeluarkan kenyataan di dalam sebuah akhbar berbahasa Mandarin yang mendakwa DAP tidak lagi berminat untuk ke Putrajaya, sebaliknya kini hanya memfokuskan untuk mengekalkan kuasa di Pulau Pinang dan menambahkan kerusi di Sarawak.

Pada PRU13 lepas, DAP muncul sebagai parti kedua yang terbesar di dalam Parlimen dengan 38 kerusi.

“DAP sangat kritikal terhadap PAS apabila PAS berhasrat untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan,” katanya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...