Rafizi boleh turunkan harga minyak bila perintah negara, kata Hasan Malek


Hasan Malek

(The Malaysian Insider) – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata Rafizi Ramli bebas mengumumkan harga minyak selepas menjadi sebahagian kerajaan kelak.

Memetik laporan portal Astro Awani Online, Hasan berkata, mekanisme penentuan harga minyak diguna pakai kerajaan sekarang mempunyai kaedah pengiraan tersendiri dengan mengambil kira kepentingan semua aspek.

“Biarlah Rafizi begitu, kita buat perkiraan kita dan dia ada perkiraannya sendiri. Itu hak dia untuk umumkan harga minyak versinya.

“Dia boleh kalau hendak umum harga minyak tetapi tunggu masa dia memerintah negara,” kata Hasan merujuk kepada setiausaha agung PKR itu.

Hasan berkata, rakyat juga kelihatan gembira dengan harga baharu minyak petrol RON95, RON 97, dan diesel yang ditetapkan kerajaan selepas mengalami penurunan sekitar 30 sen menjelang tahun 2015.

“Kita umum harga baharu minyak ini selepas buat pelbagai kajian dan perbincangan melalui kementerian dan pelbagai pihak, rakyat juga nampaknya terima dengan baik harga baru ini,” katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu sebelum ini menggesa kerajaan menurunkan lagi harga minyak ke paras RM1.91 seliter untuk RON95, dan RM1.64 seliter untuk diesel.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...