Saya suka kalau rakyat marah – Hishamuddin Rais


Hishamuddin-Rais

Jadi, lagi senang kita nak mengolah persetujuan supaya membenci UMNO

Adam Abu Bakar, Free Malaysia Today

Aktivis sosialis, Hishamuddin Rais menyatakan beliau lebih suka kerajaan tidak menurunkan harga minyak supaya ia boleh mencetuskan kemarahan rakyat.

Katanya, beliau lebih suka rakyat marah kepada kerajaan kerana harga minyak yang mahal “Kalau harga minyak dunia turun, tapi Malaysia tidak turun, lagi bagus.”

“Saya suka kalau rakyat marah. Jadi, lagi senang kita nak mengolah persetujuan supaya membenci UMNO,” jelasnya kepada Free Malaysia Today.

Hishamuddin turut menggesa rakyat Malaysia menyertai demonstrasi di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini bermula jam 9 malam dengan memakai baju warna hitam.

Sebelum itu, gabungan NGO, parti-parti politik dan kumpulan aktivis telah bersetuju untuk bersama-bersama menyokong usaha menurunkan harga minyak RON95 ke harga RM1.90 seliter.

Kumpulan itu mendakwa cadangan itu selepas mengambil kira hak rakyat untuk mendapat subsidi petrol dan diesel serta kemampuan kewangan negara.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...