PAS: Kelantan bukan seperti Sabah boleh buat IC palsu


Suhaizan Kaiat

Suhaizan mendakwa di Sabah, Ahli Parlimen mereka sendiri tidak mengenali pengundi

Mohamad Fadli and Faiz Zainudin, Free Malaysia Today

Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat berkata Naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak memahami polisi pengundi pilihanraya di Kelantan.

Sebelum ini Shafie berkata Barisan Nasional (BN) pastinya sudah berjaya merampas pentadbiran negeri Kelantan sekiranya ia terlibat mengeluarkan kerakyatan kepada pendatang asing.

Suhaizan membidas kenyataan tersebut dan mengatakan jika di Sabah IC (Kad Pengenalan) pengundi palsu boleh berlaku berbanding di Kelantan kerana Ahli Parlimen dari Sabah sendiri tidak mengenali pengundi mereka.

“Di Kelantan memang tidak boleh membuat klon IC ini. Petugas mereka sangat mengenali setiap saluran pengundi. Jika berlaku penipuan, mereka akan terperangkap di peringkat saluran pengundi itu,” katanya ketika dihubungi oleh FMT.

Katanya, petugas pilihan raya di Kelantan amat peka dan sekiranya terdapat pengundi yang mencurigakan, mereka akan membantah walalupun dikenakan bayaran RM10.

“Petugas tersebut juga akan membawa bantahan tersebut ke hadapan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

“Selain itu, semasa mengundi, petugas akan melihat secara fizikal, bahasa sama ada fasih atau tidak berbahasa Melayu dan penduduk kawasan tersebut atau tidak,” ujarnya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...