Najib mungkin pemimpin Umno terakhir dalam k’jaan


i967.photobucket.com_albums_ae159_Malaysia-Today_Mug shots_AspanAlias_zpsad6a015f

(Harakah Daily) – Umno wajar mencari seorang yang boleh mencari penyelesaian kepada isu besar parti itu dan juga kepada masalah-masalah negara yang terlalu besar dan berat untuk diselesaikan.

“Penyelesaiannya hanya akan mampu dilakukan oleh seorang pemimpin yang tidak mempunyai kontroversi dan dihormati oleh semua pihak,” tulis Aspan Alias dalam blognya.

Menurutnya, barisan pimpinan hari ini tidak akan membawa Umno kepada ‘lubang kubur’ yang dalam dan apabila ia terjadi, Umno tidak akan mampu bangun lagi.

Beliau berpandangan, pemimpin Umno hari ini sanggup dan merelakan partinya hancur semata-mata mahu mengekalkan kuasa dan rakusnya itu.

“Najib dan pimpinan hari ini mungkin merupakan pemimpin Umno yang terakhir dalam kerajaan jika tidak berani dan mempunyai kudrat untuk berundur dan berkorban untuk parti yang telah menaikkan beliau dan rakan-rakan mereka sekarang ini,” tulisnya lagi.

Tambahnya, tidak ada siapa yang mengambil perhatian terhadap kata-kata dan tindakan Najib sekarang ini selain dari mereka yang mendapat laba yang masih menyokong beliau.

Katanya, Umno sedang menghadap penyakit tua, hanya pandai bengis dan marah-marah dengan semua pihak kerana pemikiran dan tubuh mereka sudah tidak lagi berfungsi seperti biasa.

“Sesungguhnya kepimpinan Najib sedang menghampiri ‘brain death’ yang hanya mampu kelu dan tidak berfungsi lagi walaupun masih belum diisytihar mati secara rasminya,” ujarnya lagi.

 



Comments
Loading...