Naib-presiden PAS nafi wujud gerakan Projek Langgar Hadi


Tuan-Ibrahim-Tuan-Man

Ketua Pemuda PAS Selangor mendedahkan kepada media berhubung satu usaha menghidupkan semula ‘Projek Langgar Hadi’ yang didalangi beberapa pemimpin termasuk seorang Ahli Parlimen PAS Selangor, editor dan wartawan daripada sebuah portal pro-pembangkang.

(Free Malaysia Today) – Naib-presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan dakwaan wujudnya gerakan yang ingin menjatuhkan kepimpinan ulama dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dinamakan Projek Langgar Hadi.

Menurut beliau, perkara ini tidak benar dan tidak perlu timbul isu wujudnya gerakan Projek Langgar Hadi.

“Saya ingin menegaskan di dalam parti PAS tiada soal untuk menjatuhkan mana-mana pihak dan ini bukan masalah isu siapa naik dan siapa turun.”

“Mungkin ini adalah pandangan peribadi ahli parti kita,” katanya ketika dihubungi oleh FMT.

Ibrahim menjelaskan ekoran daripada dakwaan Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim yang membuat kenyataan kepada media bahawa wujudnya Projek Langgar Hadi.

Syarhan Humaizi sebelum ini mendedahkan kepada media berhubung satu usaha menghidupkan semula ‘Projek Langgar Hadi’ yang didalangi beberapa pemimpin termasuk seorang Ahli Parlimen PAS Selangor, editor dan wartawan daripada sebuah portal pro-pembangkang.

Beliau mendakwa kumpulan tersebut menggunakan portal berita pembangkang sebagai medium memfitnah dan memburukkan Abdul Hadi kononnya peranan Presiden PAS itu menyebabkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim gagal disingkirkan oleh pihak tertentu.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...