Cop Haram perlu, kata Dr. Mohd Asri


Dr Asri Zainul Abidin

Saya mencadangkan supaya tindakan undang-undang diambil, jika makanan tidak halal itu tidak ditampal logo haram

(Free Malaysia Today) – Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan supaya di dalam negara Malaysia lebih memerlukan cop haram berbanding cop halal.

Menurut Mohd Asri, negara Malaysia adalah sebuah negara Islam dan tentulah banyak makanan halal daripada makanan tidak halal kerana di Malaysia majoriti orang Islam.

“Saya mencadangkan supaya tindakan undang-undang diambil, jika mana-mana pengeluar dan premis produk makanan yang tidak halal itu tidak ditampal cop haram.

“Tidak akan ada orang yang akan hendak membuat cop haram palsu dan saya rasa ia releven, jika cop haram diperkenalkan di negara ini,” katanya ketika Wacana Sinar Harian bertajuk Isu Halal: “Apa Hak Pengguna” di Kompleks Karangkraf di Shah Alam.

Tambah beliau, jika cadangan ini dibuat, penguatkuasaan mesti dilaksanakan dengan lebih jelas.

“Apa yang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak cop halal belum tentu haram. Jika termakan atas satu kesilapan, maka boleh dimaafkan.

“Tuhan maha pengampun dan jangan tersalah faham tentang konsep agama Islam kerana ianya sangat luas.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...