Ahmad Maslan bela Deepak di parlimen


deepak

Adakah beliau tahu dan melihat surat Datuk Hasan Malek kepada Sabbarudin yang mengarahkannya meluluskan penyelesaian tanpa faedah melalui 120 keping cek “post dated”?

(Free Malaysia Today) – Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang pernah berbangga dengan pointer 3.85 yang dimilikinya tampil menjelaskan di Parlimen semalam bahawa tiada campurtangan menteri kabinet dalam meluluskan pinjaman Bank Rakyat sebanyak RM32 juta kepada Deepak Jaikishan.

Menurut blogger Shahbudin Husin, Ahmad Maslan dimaklumkan bahawa Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbarudin Chik mengakui kenyataannya mengenai isu pinjaman Deepak itu telah diputar belit oleh media alternatif.

“Persoalan yang sama juga ditanyakan kepada Ahmad Maslan, adakah beliau tahu dan melihat surat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek kepada Sabbarudin yang mengarahkannya meluluskan penyelesaian tanpa faedah melalui 120 keping cek “post dated”? Tahukah juga beliau bahawa Hasan pernah mengugut mahu memecat Sabbarudin dalam suatu perjumpaan?” katanya dalam posting blognya yang terbaharu www.shahbudindotcom.blogspot.com

Katanya lagi, jika beliau tidak tahu semua itu dan tidak pernah berusaha mahu mendapatkan maklumat daripada Sabbarudin, janganlah begitu mudah bercakap urusan Deepak itu tidak ada campurtangan menteri kabinet. Janganlah memalukan diri sendiri dengan pointer 3.85 itu.

“

Beliau menyoal adakah ini bukan campurtangan menteri kabinet namanya, wahai Ahmad Maslan? 





Beliau yang juga bekas ahli jawatankuasa Umno Bahagian Wangsa Maju menambah dalam isu ini, di mana kerajaan nampaknya begitu bersungguh mahu membela tiada unsur rasuah dan tiada campurtangan menteri kabinet, siapakah yang mereka ingin bela?

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...