PAS: Lima sebab DAP kalah di Teluk Intan


Khalid-Samad

K. Pragalath, Free Malaysia Today

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad memberi  lima sebab kekalahan DAP  dalam pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan pada 31 Mei lalu.

“Kekuatan BN yang juga ialah kerajaan akan ditumpukan kepada usaha memenangkan calon mereka di tempat yang kecil itu berbanding dengan pilihan raya umum di mana kekuatan BN akan terpaksa diagihkan di seluruh negara,” kata beliau dalam satu kenyataan media.

Dalam pilihan raya kecil tersebut calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud kalah dengan majoriti 238 undi.

Dyana memperoleh 19,919 undi berbanding calon BN, Datuk Mah Siew Keong yang juga ialah presiden parti Gerakan yang memperoleh 20,157 undi dan terdapat 543 undi rosak.

Khalid yang juga adalah ahli jawatan kuasa pusat PAS berkata rakyat Teluk Intan juga sedar bahawa keputusan PRK tidak akan mengubah kerajaan pusat.

“Pengundi akan memikirkan apakah yang terbaik yang mereka boleh capai melalui pilihan raya kecil ini dan sebahagian dari mereka menganggap bahawa memenangkan calon BN akan mampu mendatangkan pembangunan dan projek kerana BN adalah kerajaan,” katanya.

Beliau menambah bahawa pengundi memilih Mah kerana tidak mahu menjatuhkan air mukanya sebagai calon veteran dan berpengalaman.

Selain itu, Khalid juga menyatakan Mah mempunyai kelebihan sebagai calon tempatan.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...