Hudud: PAS tidak tahu apa yang mereka lakukan


Dr Abdul Aziz Bari

Apa usaha konkrit yang telah dilakukan oleh jawatankuasa PAS bagi melaksanakan hudud?

(Free Malaysia Today) – Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari, menyatakan bahawa PAS tidak tahu apa yang mereka lakukan terutama dalam perlaksanaan hukum hudud.

Menurutnya, beliau tidak menafikan bahawa hukum hudud merupakan hukum Allah, tetapi pihak yang melaksanakannya adalah manusia, dan sesetengan daripada mereka tidak terlepas daripada melakukan kesalahan seperti korupsi dan tidak belajar mengenai undang-undang.

“Tidak dinafikan bahawa hudud merupakan pedoman yang dipegang oleh PAS, tetapi PAS tidak mempunyai perspektif untuk melaksanakannya,” ujarnya sewaktu dalam satu Wacana Perdana: Hudud Ke manakah Kelantan di  Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall.

Katanya, sekiranya PAS bersungguh-sungguh ingin melaksanakan hukum hudud, sepatutnya PAS mendapatkan dua pertiga kerusi di Parlimen dan sekaligus membentuk kerajaan.

Beliau turut menjelaskan bahawa pendekatan untuk melaksanakan hukum hudud ini tidak kena pada masanya.

“Apa usaha konkrit yang telah dilakukan oleh jawatankuasa PAS bagi melaksanakan hudud?  Hingga kini, tidak ada ‘blueprint’ mengenai bagaimana dan cara PAS untuk melaksanakan hudud,” katanya.

Ujarnya lagi, PAS sendiri perlu menjadi ‘taiko’ di dalam Pakatan Rakyat (PR), sebaliknya PAS hanyalah sebuah parti yang tidak tahu bagaimana untuk menaikkan namanya dan mereka bukannya parti yang mendahului dalam PR.

Malah, PAS hingga kini tidak pernah belajar daripada kesilapan lalu.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...